Wednesday, July 01, 2015

JIKA ANDA TAKUT PADA GAMBAR INI BERERTI ANDA MENGHIDAPI TRYPOPHOBIA



Apakah itu trypophobia? Adakah  Anda seorang trypophobic?
Phobia adalah perasaan takut yang berlebihan terhadap sesuatu hal atau fenomena.Sedangkan Tripophobia dianggap sebagai perasaan takut berlebihan pada lubang-lubang kecil dalam cluster asimetris.

Sekiranya Anda merasa takut, merinding, gatal dan kurang selesa melihat sesuatu yang mempunyai banyak lubang seperti sarang lebah, biji bunga teratai, gelembung, terumbu karang atau lubang dalam jumlah banyak yang tersusun itu menandakan Anda tergolong sebagai pengidap trypophobia.


Walaupun demikian, fobia ini tidak disenaraikan ke dalam American Psychiatric Association’s Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders.Trypophobia sering juga disebut repetitive pattern phobia.
Ramai yang mengaku berasa takut apabila melihat objek - objek dengan ukuran lubang yang kecil.

Penelitian terhadap typophobia yang dilakukan oleh Arnold Wilkins dan Geoff Cole yang melakukan penelitian pertama kali dan membuat kesimpulan bahawa ketakutan ini lebih ke arah rasa jijik kepada sesuatu yang menimbulkan sesuatu perasaan takut.







TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: