Tuesday, July 14, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : SELAMAT DATANG KE KOTA PONTIANAK,KALIMANTAN BARAT INDONESIA PART 1


ALHAMDULILLAH.... akhirnya selepas perjalanan selama kurang sejam menaiki pesawat MAS WING akhirnya saya selamat mendarat di BANDAR UDARA SUPADIO.Syukur kepada ALLAH yang melancarkan penerbangan saya pada hari itu.Sepanjang berjalan menuju ke kaunter pemerikasaan saya sempat mengambil gambar - gambar menarik sekitar kawasan lapangan terbang Supadio ini.Memandangkan saya pertama kali sampai katakan.. rasanya saya nak abadikan untuk kenangan saya sepanjang perjalanan ini saya kali ini.



Selepas turun dari pesawat,sebuah bas menunggu kami dan bersiap sedia untuk membawa kami menuju ke bahagian imigresen dan Kastam untuk pemeriksaan dan bahagian tuntutan bagasi.


Dalam bas sempat lagi saya ambil gambar - gambar kawasan laerbang ni sambil lalu - lalu depan pesawat lain yang manunggu giliran untuk membuat pernerbangannya atau baru saja mendarat.









ALHAMDULILLAH...lepas pemeriksaan di Imigresen dan Kastam Kerajaan Indonesia.....saya kini dah berasa di luar lapangan terbang menunggu saudara saya..Zulkarnaen Kardi menjemput saya untuk dibawa ke tempat penginapan keluarga saya di Kota Pontianak sementara mengunggu jam untuk berangkat ke Pulau Serasan Pada Sebelah petangnya....Uiiihhh.... Direct tuuu....



Kat Kota Pontianak ni.. naik motorsikal macam lebih seronok dari naik kereta.. untung kazen saya ni sporting giler....

Jom kita RIDE tengok pemandangan disekitar Kota Pontianak,Kalimantan Indonesia....













FINALLY..selepas meredah perjalanan selama kira - kira setengah jam sampai juga kat HOTEL HOSANNA INN yang terletak di tengah - tengah Kota Pontianak ni.Keaadaan hotel ini TIP TOP ! saya saya sarankan bagi yang berkunjung ke Kota Pontianak boleh lah menginap di sini dengan harga yang berpatutan bermula dengan harga RP135,000 bersamaan sekitar RM38.00 Malaysia sahaja.. Ada penghawa dingin,bilik mandi yang selesa,bilik tidur yang bersihh dengan layanan yang mesra dari pekerja hotel ini.Memang Berbaloi,Selain itu,hotel ini juga berdekatan dengan rumah - rumah makan yang enak - enak.


Saya sampai hotel kira - kira jam 9.45 pagi.saya tak sarapan g dari Kuching..dalam Penerbangan Alhamdulillah dia orang bagi AIR MILO kotak untuk saya mengalas perut.Jadi next.. kita carik tempat sarapan dulu... 



RUMAH MAKAN MELDA menjadi pilihan kami pada pagi atas rekomen dari kazen saya ROBY ROBIANSYAH.Hanya 5 minit dari tempat penginapan kami.Rumah makan nya bersih.

Terdapat banyak pilihan Makanan dan lauk yang terdapat di sini yang menampilkan Masakan Padang yang memberikan pilihan mengikut selera yang anda minati dengan harga yang sangat murah.

Di sini apa yang saya nak kongsikan di Indonesia ini,harga makanan adalah sangat Murah berbanding dengan Malaysia memandangkan warung - warung yang dibuka terlalu banyak dan kebanyakan rakyat akan lebih memilih kedai makan yang menawarkan harga yang lebih murah.Secara keseluruhannya harga sehidangan makanan di sini sangatlah berpatutan.


First of All, yang saya paling minati..TEH BOTOL SOSRA dengan pelbagai makanan yang memenuhi pinggan selera saya pada hari itu.harga yang untuk hidangan ini sekitar hanya RM4.80 sahaja.Murahkan ?

Ayam dia sempat panaskan lagi untuk pelanggan.



ALHAMDULILLAH dah siap sarapan..kami bergerak pula ke Sebuah lokasi untuk membeli sedikit keperluan dan barangan untuk di bawa berangkat ke PULAU SERASAN pada petang nya nanti.

Sekitar Kota Pontianak ini,jalannya dipenuhi oleh Motosikal.Jumlah motosikalnya lebih ramai berbanding kereta.Penurut penjelasan dari Saudara saya,penduduk tempatan lebih suka menaiki motosikal kerana ianya mudah digunakan dan cepat terutama semasa kesesakan jalan raya dimana mereka tidak perlu menunggu barisan panjang kereta dalam kesesakan jalan kota yang besar ini.





kami singgah di MALL RAMAYANA di Pontianak untuk membeli sedikit barangan.


Pusing - pusing tak terasa jam menunjukkan lepas tengahari.THEN..MAKAN LAGI.. hehehehe....
Rumah makanan yang sama juag RUMAH MAKAN MELDA juag.. kali ini dilokasi yang lain pula.
Pun sama juga,layanan mereka sangat mesra dan cepat.


TEH BOTOL SOSRO merupakan antara minuman pilhan saya apabila berada di sini.MUDAH CEPAT DAN MENYAMANKAN..



Berikut lanskap di suatu kawasan lorong perumahan yang saya sempat ambil gambar...motif ?? saja ambil.. hehehe


Dah selesai makan tengahari di Restoran MELDA..saya bersama dengan sorang lagu Saudara saya AZUKA sambung Threesixty Kota Pontianak jap.Sebenarnya nak cari KAD SIM untuk kegunaan sepanjang berada di Indonesia...jujur je lah nak dapatkan internet nak online.hahaha...Tak boleh hidup kalau tak online.heheh



NAH ! ini simkad yang telah saya beli sana dengan harga sekitar RP65000.00 sekitar RM18.00 malaysia,saya sengaja pilih SIM ini kerana kelebihan internetnya.Dengan SIM ini anda boleh mendapatkan 2GB+2GB data.maksudnya 2 GB internet dan percuma tambahan 2 GB apabila 2GB telah habis menjadikan 4GB jumlah kota keseluruhannya.


SIMCARD dah ada...semua pun dah ada.. masa untuk balik ke hotel sebelumnya meneruskan perjalanan Ke Pulau Serasan menerusi Pelayaran KAPAL BUKIT RAYA di Pelabuhan DWIKORA pada petang tersebut.






Sempat saya merakamkan pemandangan indah Masjid Kota Piontianak yang tersergam indah di tengah Kota ini.


Sampai di hotel tengah releks - relek saya nak kongsikan sesuatu berkenaan dengan berbelanja di Indonesia

untuk pengetahuan semua,Indonesia juga merupakan salah sebuah negara yang menggunakan sistem GST seperti mana yang baru sahaja dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun ini.Di sana meraka menamakan cukai ini PPN..singkatan penuh saya tak ingat...mereka mengenakan 10 % untuk cukai ini sebanyak 4% lebih tinggi dari negara Malaysia.

Namun seronok berbelanja di sana.Kebanyakan harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.




OK... nak rehat jap.Petang nanti nak sambung pelayaran g.


<<<  SEBELUMNYA

PART 1

PART 2

SETERUSNYA >>>
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot,com








No comments: