Wednesday, July 22, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KEBERANGKATAN MENINGGALKAN PELABUHAN DWIKORA,PONTIANAK MENUJU KE PULAU SERASAN.




Lebih kurang jam 9.00 WIB Kapal Bukit Raya sampai di Pelabuhan Dwikora.Penumpang mula berbaris untuk bersiap sedia memasuki kapal dan mencari tempat untuk menginap sepanjang perjalanan sehingga ke destinasi yang ditujui.


Pertama kali melihat kapal pelayaran sebegini memang mewujudkan perasaan yang mengujakan kerana rasanya inilah pertama kali dalam hidup saya menaiki kapal pelayaran sebegini.Nak saya katakan mewah tak jugalah.. tapi apa yang saya boleh katakan kapal ni selesa untuk dinaiki dan untuk makluman kapal ini menyediakan hidangan  dan makanan percuma untuk penumpang.

Menurut saudara saya, kapal Bukit raya ini disediakan oleh Pemerintah Republik Indonesia untuk penduduk sekitar Kepulauan Riau sebagai pengangkutan yang menghubungkan satu pulau dengan pulau yang lain.






Kalau anda perasan  dengan gambar dibawah anda dapat lihat mereka berbaju oren tu merupakan pekerja - pekerja di pelabuhan yang mencari rezeki dengan mengambil upah mengangkut dan memunggah barang dari pelabuhan untuk dibawa masuk ke kapal.


 Mula memasuki kapal menuju ke bilik yang telah ditempah khas oleh kami sekeluarga untuk sepanjang pelayaran ke Pulau Serasan.






Selfie jap..CAFE yang terletak di ruangan sebelah belakang kapal antara tempat yang akan menjadi tempat lepak paling best sepanjang pelayaran nanti.....hehehe


Barang -barang kami sekeluarga dah pun dikemaskan ke dalam kapal dan siap sedia untuk memulakan pelayaran yang bermula bila - bila masa saja lagi.Sementara menunggu keberangkatan yang menandakan bermula pelayaran kami saya sempat merakamkan keadaan dan pemandangan sekitar kapal Bukit Raya yang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perjalanan.










Kira - kira jam 10.00 WIB Kapal Bukit Raya memulakan keberangkatan meninggalkan Pelabuhan Dwikora,Pontianak dalam malam yang mendung dan berangin. Pelahan - lahan Kapal Bukit Raya meninggalkan pelabuhan menuju keluar dari sungai menyusuri laut.













Selepas mula memasuki kawasan laut,kapal mula bergerak dalam kelajuan pelayaran yang sebenar.Merujuk kepada ayah saya yang merupakan seorang pelaut,kapal bergerak dalam kelajuan kira kira 13Knot.

Pelayaran dijangkakan mengambil masa 14 jam sebelum sampai ke Pulau Serasan,Indonesia.

 Hari pun dah larut malam.kita rehat dulu sebelum menjelang pagi untuk melihat  pemandangan lautan biru dan laut yang luas terbentang.


Selamat malam debur air.bawalah kami menyelurusi perjalananmu yang penuh makna dan erti ini.






TERIMA KASIH KERANA MENERUSKAN BACAAN

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com






No comments: