PELABUHAN DWIKORA merupakan permulaan pelayaran kami sekeluarga sebelum sampai ke Destinasi sebenar yang hendak kami tuju iaitu PULAU SERASAN,KEPULAUAN RIAU,KECAMATAN SERASAN,INDONESIA.
Kami sekeluarga meninggalkan hotel kira-kira jam 6 petang dengan menaiki kereta sewa.Persediaan dengan mengemas barang dan menyusun bagi memudahkan barangan mudah dikenal semasa di punggah ke kapal nanti.
Tiket pun dah ditempah dan semua persiapan untuk pelayaran telahpun dijalankan.Sekarang.. masa untuk perjalanan yang seterusnya.
Inilah sebahagian dari saudara saya di Indonesia.Handsome ? semua masih bujang dan belum berpunya buat masa inilah.Dari kiri ROBI RABIANSYAH,JUMADI DAN AZUKA
Seterusnya adalah keadaan semasa menungggu ketibaan Kapal Bukit Raya di Dewan menunggu di Pelabuah Dwikora.Saya boleh mengatakan keadaan seawal jam 6.00 petang agak sunyi dan lenggang sehingga pada jam 8.00 petang.Penumpang mula mendatangi dan mengumpul barangan yanga kan dibawa untuk pelayaran.
Selain dari Pulau Serasan , Kapal Bukit Raya ini juga melalui kepulauan yang lain sehingga ke Ranau.
Sejurus setelah ketibaan kapal Bukit Raya penumpang mula berbaris - baris untuk memasuki kapal sejurus mendapat kebenaran dari pihak pengurusan pelabuhan.
Sejurus mendapat kebenaran dari pegawai pengendali pelabuhan,penumpang kapal dibenarkan untuk memasuki kapal untuk mereka mencari tempat dan ruang untuk berehat dan menginap di dalam kapal sepanjang pelayaran.
Kalau difikir - fikir kali pertama rasanya belayar menaiki kapal besar macam ni.. rasa macam mimpi pun ada jugak.heheeh....
<<< SEBELUMNYA
SETERUSNYA >>>
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment