Friday, July 24, 2015

LAKSA SARAWAK PERTAMA SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI 2015

  
RAMADHAN 2015 baru sahaja meninggalkan kita dan hari ini dah 8 Syawal 1436H.Rasanya dah lama tak pekena Laksa Sarawak.Semenjak berlalunya Ramadhan selera biasalah.. bagi "food lover" macam saya nak makan itulah inilah.

Lokasi Laksa Sarawak kali ni adalah di Rajah Cafe,Pending,Kuching Sarawak.Sebenarnya saya sering jugak berkunjung ke sini dengan rakan baik saya,cuma kali ni nak share sikit je.. tak banyak.. sikit je berkenaan Laksa Sarawak di Rajah cafe ni. Selain dari lokasi yang santai dan releks keenakan laksa Sarawak ini juga merupakan salah satu sebab kenapa saya suka makan Laksa Sarawak kat sini.kalau diikutkan semua Laksa Sarawak di Kuching ini semua mempunyai kelazatan nya yang tersendiri.

Antara yang menarik dengan Laksa Sarawak kat sini adalah UDANG.Mengikut apa yang saya lihat setakat ini tidak ramai pembuat Laksa Sarawak yang menyediakan udang sebagai bahan dalam Laksa Sarawak. tetapi Laksa Sarawak kat sini ada Udang..siap bagi extra lagi tu....

Apa - apa pun "THUMB UP" untuk Laksa Sarawak kat sini.

Sebagai tambahan,selain dari Laksa Sarawak di Rajah cafe ini terdapat juga menjual makanan yang lain seperti MEE JAWA,NASI AYAM dan bermacam lagi masakan ala carte.

Kalau ada yang ingin mencuba silalah singgah ke Rajah Cafe yang terletak di Pending Kuching Sarawak ini.OK.

Selamat mencuba.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com 



 

No comments: