Monday, July 27, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : MENJELANG SIANG DAN PELAYARAN MENUJU KE PULAU SERASAN.


SELAMAT PAGI LAUTAN INDONESIA !!!!

Alhamdulillah... semalaman tidur bertemankan hembusan angin laut yang nyaman dan segar merupakan pagi yang sungguh bermakna sambil menikmati pemandangan laut yang mempesonakan mata dan jiwa.Air laut yang kebirauan dan kehijauan mendeburkan buih buih yang putih.

Kapal Bukit Raya masih meneruskan pelayaran membelah Lautan luas menuju ke destinasi Pulau Serasan dalam kelajuan 13Knot.Keadaan laut pada pagi ini agak kemendungan dan redup dan alunan ombak kelihatan sedikit membuai perjalanan kapal kami. Tapi keadaan masih tenang dan terkawal.Sedikit dingin hembusan angin laut pada pagi ini.


Pulau Serasan mula kelihatan di Pemandangan di hadapan Kapal.Pemandangan nya sedikit kabus.Sedikit kecewa pada pagi itu apabila hajat nak melihat matahari terbit di pagi itu tidak kesampaian.tetapi tak mengapalah yang penting pelayaran kami pada hari itu lancar dan selamat sampai ke destinasi.


Dah siap - siap mandi dan berkemas untuk persiapan naik ke destinasi Pulau Serasan yang dijangka akan sampai dalam beberapa jam.Masa untuk sarapan.hehehe... sarapan dengan Mee Cup Sedap untk mengisi perut yang lapar dipagi hari.

Sedap Mee Cup ni bila kena makan dengan pemandangan laut yang cantik,indah dan menenangkan.


Perut pun dah kenyang....sekarang masa untuk kita three sixty sikit dalam kapal ini sementara menunggu detik ketibaan di Pulau Serasan yang akan dijangkakan dalam beberapa jam lagi selepas melalui pelayaran panjang semalaman dan pagi ini.



Jalan punya jalan sekali saya cuba untuk meminta kebenaran memasuki ruang dek atau bilik kawalan kapal.Alhamdulillah dikabul dan diizinkan.

Pertama kali saya memasuki ruang bilik kawalan utama kapal yang menempatkan kawalan keseluruhan kapal Bukit Raya ini.saya sempat bersalaman dan berbual dengan Assistan Oficer Captain Kapal Bukit Raya untuk bertanyakan beberapa soalan.Orangnya ramah dan seorang yang baik hati .Belaiu sempat mengongsikan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat mengemudikan kapal Bukit raya ini.

Pertama sekali,saya berterima kasih kepada Pihak Petadbiran dan Pengurusan kapal serta seluruh warga pekerja dalam kapal yang membenarkan saya berada diruangan ini yang merupakan mengalaman pertama seumur hidup saya. 



Menikmati pemandangan laut dalam pelayaran dari ruangan ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna.Sesekali saya merenung ke tingkap kapal sambil menghayati dan berkata sendiri betapa Maha Besar Allah yang menjadikan seluas - luas lautan dengan pemandangan yang menenangkan dan mendamaikan jiwa.

Walaupun terdapat alunan ombak dilautan kapal kami yang berlayar sedikitpun tidak goyah dan terus membelah laut dengan tenang.




Dulu masa sekolah rendah,saya sebenarnya bercuta - cita untuk mengikut jejak ayah saya sebagai pelaut.Tapi yelah.... Allah telah menetapkan saluran yang lain untuk saya.Syukur Alhamdulillah... paling tidak kali ini saya merasai pengalaman menjadi pelaut.









Pelayaran menaiki Kapal Buki Raya menghampiri penghujungnya.Destinasi Pulau Serasan semakin dekat menandakan ketibaan semakin dekat.



Saya sempat mengambil gambar dengan salahs eorang Krew Kapal yang menjalankan khidmat mereka sepanjang pelayaran di lautan.



Sebelum memasuki kawasan Pulau ketibaan kami disambut dan diiringi oleh satu lagi kapal pelayaran yang kalau dirujuk dalam jadual perjalanan pulang kami nanti ianya merupakan kapal yang akan kami tumpangi untuk perjalanan Pulang belayar ke Pelabuhan Sintete,Kota Pemangkat,kalimantan barat untuk beberapa minggu yang akan datang.


Alhamdulillah.. akhirnya kami sampai juga ke Destinasi selepas melalui pelayan selama 14 jam pad pukul 10.00 lebih WIB.



Tanda Selamat datang ke Pulau Serasan yang menyambut ketibaan kami di Pulau Serasan,Indonesia.




Memandangkan Pelabuhan yang besar belum siap sepenuhnya,kapal Bukit raya ini terpaksa berlegar di Muara Pulau untuk menaik dan menurunkan penumpang yang akan dijemput oleh satu bot kecil yang akan membawa semuanya ke Pelabuhan Tanjung Setelung yang merupakan pelabuhan utama di Pulau Serasan ini.



<<<<  SEBELUMNYA





TERIMA KASIH KERANA MENERUSKAN BACAAN

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com





No comments: