PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KETIBAAN DI PULAU SERASAN,INDONESIA. Selepas mengharungi pelayaran selama 14 jam dari Pelabuhan Dwikora,Kota Pontianak,Kalimantan Barat,Indonesia menaiki Kapal Bukit Raya akhirnya sampai juga ke Pulau Serasan.Kelihatan pemandangan yang sangat indah di depan mata yang terpandang dari dalam kepal yang menuju ke Pulau Serasan.
Kapal Bukit Raya perlahan menelusuri sebalik pulau merapati perairan Pulau Serasan.Disebalik Pemandangan Bukit yang menghijau akirnya saya tersenyum dan perasaan sedikit terharu melihat pemandangan Pelabuhan Tanjung Setelong dari balik Pulau.Dalam hati berkata..AKHIRNYA SAMPAI JUGA.hehe...
Menurut informasi yang saya dapat dari Krew kapal kami terpaksa menaiki kapal kecil untuk ke Tanjung Setelong dari Kapal Bukit Raya memandangkan Kapal Bukit raya tidak akan merapat ke Pelabuhan atas faktor kedalaman air.Selain itu,pelabuhan baru yang dibina belum dapat digunakan sehingga pelabuhan tersebut disiapkan dalam sedikit masa nanti.Mungkin dalam perjalanan yang akan datang nanti kot.
Kapal pun dah sampai.Tiba masa nya LOADING AND UNLOADING .Mula - mula penumpang dalam Kapal Kecil akan menaiki Kapal Bukit Raya sambil mengangkut barangan yang akan dibawa belayar nanti.
Selepas selesai,barulah kami menaiki kapal kayu itu untuk dibawa ke Pelabuhan Tanjung Setelong,Pulau Serasan.Apa - apa pun faktor keselamatan tetanp diutamakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Finally... menuruni tangga untuk kenaiki kapal kayu ke Pelabuhan Setelong.Maka,berakhirnya perjalanan dan pelayaran kami bersama Kapal Bukit Raya.
SELAMAT TINGGAL KAPAL BUKIT RAYA.Selepas selesai memunggah barang dan penumpang di Pulau Serasan selesai menaiki kapal kayu,maka Kapal Bukit Raya pun memulakan perjalanannya ke Destinasi yang seterusnya dan meninggalkan Pulau Serasan.
KETIBAAN DI PULAU SERASAN,INDONESIA.
Maka bermulalah hari - hari percutian yang akan kami lalui di Pulau Serasan Indonesia ini.Tidak sabar untuk sampai ke rumah dan Kampung bertemu dengan Keluarga Ayah saya dan sanak saudara serta rakan - rakan taulan yang lama tidak saya temui.
Apa yang pasti,hari - hari yang menyeronokkan baru sahaja bermula.heheheh... banyak aktiviti akan dibuat sepanjang berada di Pulau Ini.
<<< SEBELUMNYA
SETERUSNYA >>>
TERIMA KASIH KERANA MENERUSKAN BACAAN
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment