Tuesday, August 18, 2015

KESENIAN DOODLE ZENTAGLE FAYE HALLIDAY ART YANG MENAKJUBKAN

 

KESENIAN DOODLE ZENTAGLE FAYE HALLIDAY ART YANG MENAKJUBKAN . Doodle ataupun contengan atau coretan boleh menjadi sesuatu yang sangat berseni dengan hasil yang sangat menakjubkan.Minat yang mendalam untuk mengembangkan hobi kepada sesuatu karya yang sangat halus mampu memberikan kepuasan dan keterujaan dalam menghasilkan karya - karya kesenian.

Kesenian Doodle semakin berkembang dan diminati oleh ramai peminat seni kerana ianya mudah dan tidak memerlukan peralatan.Hanya sekeping kertas dan sebatang pen membolehkan anda memulakan hobi seni doodle sebagai hobi dan mengisi masa lapang.Tetapi sekiranya anda seorang benar - benar serius dalam melaksanakan hobi anda mampu mengembangkan hobi tersebut menjadi sebuah hasil karya yang sangat menakjubkan.

Terdapat banyak laman - laman sosial,media massa dan laman web yang dihasilkan sebagai lapangan penggiat kesenian doodle berkongsikan hasil - hasil seni doodle mereka disamping menjadikan perkongsian idea dan inspirasi. Faye Halliday Art merupakan salah satu page dari Facebook yang mengumpul hasil karya kesenian doodle ini.

Baru - baru ini satu post yang dimuatnaik oleh page Faye Halliday Art menarik perhatian saya untuk dikongsikan kepada anda semua.Kesenian Doodle Zentangle yang bermotifkan fauna atau haiwan - haiwan ini bukan sahaja sangat halus malah hasilnya begitu menakjubkan setelah melihat hasil yang telah disiapkan.

Selain itu secara tidak langsung mereka menterjemahkan mesej mereka melalui hasil doodle zentangle ini adalah untuk menjaga dan menyayangi alam semulajadi termasuk hidupan liar untuk mengelakkan mereka pupus pada masa akan datang dan dapat dilihat oleh anak cucu kita yang akan datang.






















 THE ARTS OF DOING NOTHING

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

 

No comments: