Saturday, August 22, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KETAM MANGOK @ KETAM KALOK @ KETAM BAKAU DARI PULAU SERASAN




PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KETAM MANGOK @ KETAM KALOK @ KETAM BAKAU DARI PULAU SERASAN .

Mesti ada yang pening...banyaknya nama kan ??

Sebenarnya semua betul.Ok,Kali ni nak kongsikan gambar ketam.Ketam ini dipanggil ketam mangok dikalangan masyarakat tempatan.Pengalaman pertama kali saya tengok ketam yang besar macam ni..menurut penjelasan masyarakat tempatan,ketam ini diperolehi dari hutan - hutan bakau yang berdekatan dan pada zaman sekarang aktiviti mencari ketam ini semakiin berkurangan kerana pelbagai sebab.Antara satu sebabnya adalah kerana ramai pencari ketam bertukar mencari bidang kerja yang lain.

Ketam Mangok ini kebiasaannya diambil pada waktu malam ataupun selepas air pasang.

Ketam Mangok ini kebiasaannya bersaiz besar dan amat jarang untuk melihat ketam ini dalam saiz yang kecil.

Apa yang paling bestnya...harga ketam ini dijual dengan harga yang murah..kalau dalam ringgitlah..boleh dikatakan ketam ini dijual dengan harga kurang dari RM10.00 untuk seekor atau pun sekilo.. bayangkan... kalaulah dekat seafood kat Malaysia ni.. dah berapa dah kan ?

Apa pun memang puas hati membeli ketam mangok kat sini..bukan ketam mangok je... ikan - ikan pun murah jugak.. puas makan ikan kat sini.. tidak hairanlah kalau dalam majlis  majlis kahwin pun mereka kat sini megnggunakan masakan ikan sebagai menu.





 

















Sendiri jadi model ketam jap...







Pak Cik ini merupakan antara pencari ketam yang sangat berpengalaman di Pulau Serasan.Pengalaman mencari ketam selama berpuluh tahun menjadikan Ketam sebagai sumber rezeki beliau .








KETAM INI,MASAK APA SEDAP ?

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogsot.com


No comments: