Monday, February 01, 2016

SENI UKIRAN UNIK BUAH TEMBIKAI YANG SANGAT KREATIF





SENI UKIRAN UNIK BUAH TEMBIKAI YANG SANGAT KREATIF

 Secara peribadi saya meminati seni pengolahan dan ukiran makanan seperti mana di pelajari di Sekolah Vokasional yang menawarkan kursus dalam bidang seni kulinari.Walaupun saya bukanlah orangnya yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni ukiran ini namun saya menganggap kesenian ukiran ini sesuatu yang sangat menarik dan unik.

Bukanlah sesuatu yang mudah malah memerlukan kemahiran  yang sangat tinggi dengan penggunaan peralatan yang khas dan tertentu untuk menghasilkan ukiran yang penuh berseni ini.Malah ianya memerlukan
daya tumpuan dan fokus yang mengambil masa berjam - jam untuk menghasilkan satu hsil seni ukiran tembikai yang memuaskan.

Selain itu latihan secara teknikal dan amali amatlah perlu selain dari latihan secara praktikal yang perlu harus dilakukan untuk meningkatkabn idea dan teknik - teknik ukiran untuk meningkatkan kemahiran kita mengukir tembikai ini.

Seni ukiran tembikai juga memberikan kepuasan kepada pengamal seni yang berasaskan tembikai ini kerana ianya mampu menjadi sebuah hasil karya yang memberikan kepuasan seteklah berjam - jam lamanya menghasilkan kaya seni ukiran ini.Malah motif - motif yang dikukirkan mempunyai penyampaian yang tertentu.Tambah menaik apabila ianya dipamerkan kepada orang ramai dan ditambah pula dengan respon yang sangat menarik dari orang ramai.

Seni ukiran sememangnya memerlukan banyak latihan sebelum menguasai teknik ukiran yang menjadikan ianya sebuah hasil karya yang akan membuatkan anda terpegun dan tersenyum akan keindahan disebaik alam semula jadi yang dihasilkan dari pemikiran,akal dan kemahiran kita sendiri.

Berikut adalah antara hasil - hasil kreatif ukiran tembikai yang dihasilkan dengan halus dan penuh kesenian.











 


 
























 
 
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: