Wednesday, September 23, 2015

AKSI EMOJI GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI



AKSI MENIRU EMOJIS GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI

Akaun Weibo @Muyalan,menjadi tumpuan netizen pada baru - baru dan tersebar menjadi viral apabila beliau memuat naik aksi yang lucu dan mencuit hati.Beliau yang memuatnaik gambar beliau dalam Weibo, platform yang menyerupai Twitter di China menjadi antara topik perkongsian yang paling banyak di Laman media sosial tersebut.

Beliau yang berasal dari Sichuan meniru emojis dari  iPhone menjadi viral selepas beliau gambar yang dimuat naik beliau dalam kaun Weibo @Mulayan dikongsikan sebanyak 11,000 Repost dalam masa 2 hari menjadikan beliau tersenarai dalam carta trending di Weibo.

Dikalangan ramai mereka menyokong kreativiti beliau dalam menghasilkan aksi yang menarik tersebut , ada juga kalangan mereka yang sempat bergurau dengan berpendapat bahawa dia perlu melakukan sedikit penambahan baik untuk menyempurnakan aksi tersebut memandangkan semua emojis tersebut tidak mempunyai bulu kening.Anda tahu apa yang dimaksudkan bukan ?


Apa - apa pun sememangnya kita tidak menyangkakan bahawa apa - apa perkara dan perkongsian yang tertentu di laman media melalui apa sahaja platform yang sedia ada pada masa kini mampu menjadikan anda tumpuan orang ramai dalam masa yang amat singkat dalam dunia maya tanpa sempadan pada masa sekarang.


 
 












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: