Thursday, June 23, 2016

KOLEKSI FESYEN PAKAIAN RAYA UNTUK KANAK - KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN TAHUN 2016

  

KOLEKSI FESYEN PAKAIAN RAYA UNTUK KANAK - KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN TAHUN 2016

Menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri ramai yang akan ditukar baru atau diperbaharui dari cat rumah, langsir, perabot - perabot dan banyak lagi.Namun apa yang paling diutamakan pada masa kini adalah pakaian baru untuk menyambut hari raya.Setiap tahun ramai pereka - pereka ataupengeluar mahupun penjual memperkenalkan fesyen - fesyen pakaian yang terbaru setiap tahun.Pelbagai pilihan yang dikeluarkan setiap tahun untuk dijadikan pakaian yang paling menarik dan berseri di pagi raya nanti.Tidak kurang yang mencari pakaian dengan menggunakan tema warna atau corak pada pakaian yang akan digunakan.Kebiasaannya kesamaan warna ini adalah bertujuan untuk foto keluarga agar foto keluarga akan diambil nanti kelihatan sedondon dan menarik lagi cantik.

Tidak mengira tua dan muda akan berpakaian serba baru dipagi raya.Namun begitu ,golongan yang paling gembira menyambut bulan Syawal adalah golongan kanak - kanak.Semestinya Ibu dan Ayah kanak - kanak akan mencarikan pakaian yang terbaik untuk anak - anak mereka.Malah ada dikalangan ibu ayah yang sanggup berkorbankan banyak perbelanjaan demi melihat anak - anak mereka adalah kanak - kanak yang paling cantik dan paling berseri di pagi raya ini.


Saya sempat menyelam ke seluruh carian internet dengan Google bagi melihat koleksi pakaian - pakaian raya yang sedang hangat terjual dipasaran dan tidak kurang yang diperkenalkan oleh pereka - pereka khas pakaian raya kanak - kanak.Terdapat pelbagai jenis pakaian raya yang terdapat di internet seperti kebaya, baju kurung, pelbagai jenis baju melayu dan jubah - jubah dan tidak kurang yang menggunakan konsep pakaian muslimah kepada kanak - kanak.

Memasuki pertengahan bulan Ramadhan 2016 ramai penjual, pengedar dan pereka pakaian mula mempromosikan pelbagai jenis pakaian raya bagi kanak - kanak dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik.Untuk makluman juga, koleksi pakaian raya kanak - kanak yang saya kongsikan pada kali ini saya himpunkan dari beberapa laman sesawang yang menjual pakaian raya kanak - kanak pada masa terkini.Mudahan ianya dapat membantu dalam pemilihan pakaian raya kanak - kanak pada tahun ini.










  



















 





































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 



No comments: