"KUCHING CITY OUTING " DENGAN KAZEN - KAZEN DI BULAN JUNE 2016
Pertama kalinya.Hujung minggu sekali sekala rasa nak bawak 2 orang kazen saya ni Outing keliling Kuching hujung minggu ni.Lagi pun hujung minggu tak ada nak buat apa - apa jadi saya ingat nak bawak kazen saya jalan - jalan di sekitar Bandar Kuching.
Sedikit info mengenai dua orang kazen saya ini.Mereka berbua bekerja sebagai Crew kapal pukat tunda dan berasal dari Kampung Beladin.saya percaya ramai yang pelik apabila melihat pengkalan kayu dan kapal pukat ni kan ?
KAPAL - KAPAL NELAYAN DAN JETI BELIAN TUA DI TENGAHARI YANG CERAH
Kira - kira jam 10.00 tengahari, saya mula menjemput kedua orang kazen saya di Whaft atau jeti di suatu kawasan di Bintawa.Sejujurnya, sesekali teringin juga saya mengikuti mereka untuk ke laut dan mengikuti trip mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka bekerja dan beroperasi di laut.Sampai hari ini saya masih menyimpan hasrat saya tu.Sesekali turun ke laut merasai pengalaman yang sebahagiannya pengembaraan yang memberikan satu pengalaman yang sangat berharga.Lagipun saya sentiasa ingin mengikuti jejak ayah saya untuk menjadi seorang pelaut.Namun apakan daya takdir dan nasib saya membawa rezeki saya ke darat.hehehe..
So,hujung minggu kami bermula di sini.
FASHION WEEK AT MERDEKA PLAZA, KUCHING,SARAWAK
Merdeka Plaza, Kuching Sarawak.. lokasi yang pertama.. jalan jalan sambil mencari kalau kalau ada baju yang berkenan di hati untuk baju raya tahun ni.Kebetulan pada masa itu sedang berlangsung Merdeka Plaza Fashion Week yang menampilkan rekaan fashion - fashion yang terkini anjuran pihak pengurusan Merdeka Plaza.Saya sempat mengambil gambar - gambar kanak - kanak yang turut mengambil bahagian dalam acara peragaan fashion yang sedang berlangsung setibanya kami di sana.
PERKARANGAN BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA ( DBKU )
Saya suka ke kawasan tempat yang tinggi di mana saya dapat melihat pemandangan yang luas dan segenap pemandangan di sekeliling kawasan tersebut.Terutama di kawasan gunung ganang kerana saya merasakan ianya mampu memberikan ketenangan dengan melihat keindahan alam yang luas terbentang.
Terdapat satu kawasan yang merupakan salah satu pemandangan yang saya paling sukai di Kuching iaitu di Kawasan Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang terletak di atas bukit dan dari situ kelihatan pemandangan di sekittar Bandaraya Kuching yang sangat indah dan mendamaikan.
Kerana itu,pada outing kali ini, saya ke Sini bersama kazen saya untuk menikmati pemandangan ini sementara menunggu masa ke destinasi seterusnya untuk berbuka puasa.
MENUNGGU WAKTU BERBUKA DI DAMAI CENTRAL , SANTUBONG , KUCHING,SARAWAK
Akhirnya di sinilah persinggahan kami sebelum menunggu waktu berbuka.Damai Central yang baru sahaja dibuka dalam bebeberapa tahun ini merupakan tumpuan pelancongan yang terbaru di Santubong yang merupakan suatyu kawasan di persisiran oantai dan laut dan pemandangan matahari terbenam boleh dilihat dengan jelas di sini sekiranya cuaca yang mengizinkan.
Pemandangan indah matahari yang menghampiri garis horizon pada petang itu sungguh indah.Berbuka dengan Mee Cup sambil menikmati pemandangan senja di Damai Central.
Setelah sampai waktu berbuka.. matahari semakin samar dan hari pun makin gelap... berangkat mencari tempat menjamu selera yang seterusnya sebelum menamatkan outing pada hari itu.Esok nak Keja !
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment