Monday, June 06, 2016

MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara samaada dari sudut kemasyarakatan,rohaniah, Islamiah dan pelbagai lagi cara yang dilakukan.Begitu juga halnya di kampung halaman saya, Kampung Pusa.Kebiasaan nya sehari atau beberapa hari sebelum bermulanya berpuasa dibulan Ramadhan akan diadakan Majlis sambutan bagi mengalu - alukan kedatangan bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan dibulan puasa.

Majlis tersebut akan mengumpulkan penduduk kampung untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil kepada ahli - ahli keluarga hadirin yang menyertai majlis.Majlis bacaan doa lazimnya diadakan di Surau dan sesetengahnya mengadakan majlis bacaan di rumah kemungkinan diserta dengan bacaan kesyukuran tertentu atau bacaan doa selamat dan sebagainya .

Selesai Majlis bacaan doa tuan - tuan rumah akan mengadakan jamuan sedekah kepada para hadirin dengan pelbagai hidangan untuk jamuan para hadirin.Apa yang menariknya,hampir setiap rumah di kampung kami yang mana berkemampuan akan mengadakan jamuan terbuka kepada sesiapa sahaja pada hari itu sebagai bersedekah bersempena sambutan kedatangan bulan mulia Ramadhan.


Sedikit ulasan mengenai hidangan yang dihidangkan.Lazimnya hidangan yang dihidangkan mengenakan masakan dari resepi warisan tradisional masyarakat di Kawasan Saribas yang diwariskan dari zaman nenek moyang pada suatu ketika dahulu yang terdiri dari masakan rempah - rempah.Terdapat pelbagai jenis masakan rempah yang diselangselikan dengan masakan yang lain dan juga menu yang lain seperti buah - buahan dan sebagainya.

Adalah menjadi kelaziman masyarakat di Kampung kami untuk mengadakan majlis doa dan jamuan ini dikebanyakan bulan - bulan dan perayaan Islam yang lain seperti sambutan Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul,Aidil Adha dan banyak lagi.Best kan ? Apa yang lebih penting adalah semangat kemasyarakatan di mana sepanjang persediaan, persiapan dan hari berlangsungnya majlis adalah dikerjakan secara gotong royong oleh saudara mara dan jiran - jiran yang terdekat.

Seterusnya saya kongsikan kepada semua sebahagian dari hidangan di sebuah rumah Ayah dan Ibu saudara saya di kampung Pusa yang saya sempat hadiri ketika saya pulang ke Kampung pada hujung bulan Mei 2016 yang lepas.

Macam - macam ada... ada rempah ayam,rempah bebek kampung ( Itik ) , rojak dan banyak lagi.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: