BAZAAR RAMADHAN 2016 : MATANG JAYA, KUCHING, SARAWAK
NEXT ! Bazaar Ramadhan Matang Jaya merupakan lokasi mencari Juadah berbuka puasa yang seterusnya.Bazaar yang mula dibuka di lokasi yang baru semenjak beberapa tahun ini nampaknya tetap menjadi tumpuan penduduk di kawasan matang terutama kawasan Matang Jaya.Lokasi tapak Bazaar Ramadhan Matang Jaya pada tahun ini adalah disepanjang kawasan letak kereta berhadapan dengan Court Mammoth Matang Jaya.
Bazaar Ramadhan Matang Jaya banyak terdapat jualan pelbagai makanan Ala - Carte dan lauk pauk yang akan menarik selera anda sebagai juadah berbuka puasa.Kuih muih juga turut terdapat di sini selain dari aneka jenis masakan mee termasuk laksa Sarawak.
Jika diamati tahun ini mencatatkan peningkatan dari segi bilangan penjual yang turut serta dalam memeriahkan Bazaar Ramadhan ini memandangkan terdapat pertambahan Khemah - khemah yang menjual juadah di sini.Selain itu Khemah yang di susun memanjang di sepanjang tempat parking kereta memberikan lebih kelesaan kepada pengunjung kerana ianya mengurangkan kesesakan teruatama semasa pengunjung sedang ramai ke Bazaar ini.
Video dan foto- foto seterusnya merupakan sedikit gambaran tentang suasana dan paparan makan juadah - juadah yang dijual di sepanjang Bazaar Ramdhan ini.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment