Tuesday, June 14, 2016

COSPLAY WATAK - WATAK ANIME NARUTO YANG PALING KEMAS DAN TERKINI


COSPLAY WATAK - WATAK ANIME NARUTO YANG PALING KEMAS DAN TERKINI 

Walaupun saya bukanlah peminat level obses atau fanatik tentang dunia anime namun adakalanya saya tertarik dengan pembikinan cosplay - cosplay yang cuma meniru tau merealisasikan watak - watak dari anime atau komik yang mereka sukai.Semakin ramai yang berminat untuk mencuba menghasilkan cosplay - cosplay watak anime melalui apa jua cara dan material.

Saya berpendapat usaha - usaha dan hasil kerja mereka semua ini haruslah dipuji dan dihargai demi menghidupkan watak - watak anime ke dunia nyata melalui cosplay - cosplay ini.Semangat kerja mereka semestinya bermatlamatkan membina cosplay yang paling menyerupai karektor watak - watak anime ini.Ianya juga sebagai penanda aras kejayaan dalam penghasilan cosplay ini.Erti kata lain,semakin serupa watak cosplay dengan karektor asal maka semakin berjaya atauberkualiti cosplay tersebut.

BACA JUGA : SIMPLY SANTAI-SANTAI DI KEDAI MAKANAN LOK LOK DI KUCHING,SARAWAK

Bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya penghasil cosplay ini sanggup menghabiskan wang yang agak banyak demi untuk menghasilkan cosplay serta mencari kepuasan dalam berkarya.

Watak Anime Naruto merupakan salah satu siri Anime yang sangat menarik tumpulan menghasil Cosplay dan saya telah pun melihat banyak cosplay - cosplay dari watak - watak anime Naruto yang dihasilkan.Namun begitu saya baru - baru ini menjumpai cosplay - cosplay dari watak anime Naruto yang paling kemas yang saya pernah tengok berbanding sebelum ini.

Cosplay ini saya temui dalam satu laman facebook yang ternyata sangat menarik perhatian saya untuksaya kongsikan kepada anda semua.



 



















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: