#11 TODAY IS AZLAN RUMADI - TODAY IS SATOK , KUCHING SARAWAK
Wisma Satok,Kuching, Sarawak tetap tidak lekang dek kenangan dan ingatan saya.Agak lama saya tidak mengunjungi lokasi ini . Dulu saya selalu berbelanja di sini dan sebahagian zaman pengajian saya di Kuching ini dihabiskan di sini.Selain itu ,tempat shopping dan bertemu dengan kawan - kawan di hujung minggu juga dihabiskan di sini.
BACA JUGA : SENARAI KERETA - KERETA KELUARAN SYARIKAT PERODUA DARI TAHUN 1994 HINGGA TERKINI ( 2016 )
MEDAN NIAGA SATOK . KUCHING , SARAWAK
Medan Niaga Satok , sebuah lokasi yang sering dikunjungi disetiap hujung minggu.Kalaupun tidak memberi apa - apa.Saya sering berjalan - jalan ke sini untuk melihat kesibukan pasar - pasar dan jualan - jualan yang terdapat di sini.Setiap hujung minggu penjual - penjual yang membawa pelbagai jenis jualan termasuk ikan - ikan,sayur - sayuran,buah buahan , hasil - hasil hutan dan pelbagai lagi produk tradisional seperti gula apong, kuih - muih dan banyak lagi.
BACA JUGA : BAZAAR RAMADHAN 2016 : MEDAN NIAGA SATOK, KUCHING,SARAWAK.
Kesibukan pasar dan bingit suara - suara yang meneriak dagangan dan jualan untuk pengunjung disamping warna warni barang - barang yang dijual dan bau hanyir akan hasil - hasillaut yang terdapat di sini menjadikan persinggahan di Medan Niaga Satok ini mempunyai keunikan yang tersendiri dengan suasam hujung minggu bagi mereka - mereka yang sering membeli barangan - barang keperluan isi rumah .
Selain itu seri kembang dan warna warni bunga - bunga dan tumbuhan tanaman serta buah - buahan mengindahkan hujungm minggu menyaksikan hasil - hasil karya mereka yang tekun meraih resam berbudi kepada tanah.Sememangnya hujung minggu dengan berjalan di sekitar Medan Niaga Satok ini akan menemukan anda selengkapnya dengan melengkapi setiap kehidupan anda dengan hasil dari alam semulajadi yang sangat tulen.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment