Monday, June 06, 2016

IBADAH PUASA SELAMA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN 2016 BERMULA PADA 6 JUN 2016M ( ISNIN )


IBADAH PUASA SELAMA SEBULAN DI BULAN  RAMADHAN 2016 BERMULA PADA 6 JUN 2016M ( ISNIN )

Tarikh 6 Jun 2016M dipilih sebagai tarikh yang sangat bermakna dan beerti bagi seluruh penduduk Malaysia apabila ianya dipilih sebagai hari bemulanya pelaksanaan ibadah wajib yang merupakan salah satu rukun wajib dalam rukun Islam iaitu berpuasa selama sebulan sepanjang Bulan Ramadhan mengikut kelendar Islam bagi tahun 1437H.

Semestinya seluruh umat Islam diseluruh dunia menantikan kedatangan bulan Puasa di Bulan Ramadhan kerana sepanjang bulan ini pelbagai kelebihan - kelebihan dan manfaat yang sangat besar di sisi Allah dan ianya juga merupakan ruang untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan serta membersihkan diri secara zahiriah dan batiniah dalam segenap pelakasanaan ibadah dan akidah sebagai seorang Muslim yang muslimin.InshaAllah.

Dari segi nilai kemasyaakatan semestinya ramai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dari seluruh negara bagi memeriahkan sambutan bersempenan ibadah puasa di bulan Ramadhan seperti Baazar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah dan makanan minuman untuk berbuka.Pada sebelah malamnya pula diadakan solat Tarawih di Surau atau Masjid atau secara berjemaah.Program - program pemantapan iman dan akidah seperti ceramah dan kuliah juga banyak diaturkan bagi memantapkan penghayatan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA bagi Bulan Ramadhan tahun 1437H anda boleh membaca selanjutnya di SINI


Seterunya juga saya sertakan bacaan niat - niat di bulan Ramadhan.Semoga menjadi panduan yang bermanfaat hendaknya.


NIAT PUASA / PUASA SEBULAN DAN NIAT BERBUKA PUASA






Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang penuh berkat dan petunjuk hidayah yang terbaikbuat kita semua.Amin.

bersempena bulan Ramadhan ini juga di hayati lagu dibawah sebagai renungan kita bersama.


HARAPAN RAMADHAN
(RAIHAN FT MANBAI )

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



 SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN SEMUA.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: