Sunday, May 29, 2016

APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG DI BULAN MEI 2016


APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL, SANTUBONG , KUCHING DI BULAN MEI 2016

Kampung Buntal merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Santubong, Kuching Sarawak.Menarik nya di sini terdapat pelbagai yang jualan di market yang menghimpunkan pelbagai jualan terutama ikan - ikan hasil dari aktiviti penduduk tempatan, kemudian terdapat juga hasil laut yang lain seperti kepah, ambal , kerang,ketam dan sebagainya.
Hasil - hasil pertanian juga terdapat di market di sini yang menjual pelbagai hasil seperti sayuran ubi,terung dan banyak lagi hasil pertanian yang lain seperti buah - buahan yang turut ditawarkan di market Kampung Buntal ini.

Selain dari itu, terdapat juga jualan kuih muih yang pastinya menaik selera anda untuk mencuba samaada kuih tradisional atau kuih muih yang moden semuanya terdapat di sini.Antara yang menjadi pilihan saya kat sini adalah kuih keria dan kuihj penyaram.Memang enak dan sedap.Selain itu banyaklagi aneka kuih muih yan terdapat di sini.Selain dari kuih muih terdapat juga jualan botok - botok yang sangat sedap yang dibuat sendiri oleh penduduk di sini.


Selain dari jualan apa yang menarik di Kampung Buntal adalah "Buntal Bay" yang baru sahaja di rasmikan untuk dijadikan kawasan bersantai -santai menikmati pemandangan tepi laut yang menenangkan.Selain itu juga anda dapat menikmati makanan - makanan dan minuman - minuman yang dijual di gerai - gerai yang dibuka di sepanjang Buntal Bay ini.Kawasan menjadi tumpuan para pengunjung yang menginginkan suatu pemandangan yang santai dan relaks untuk menikmati hujung minggu sambil berehat.

Bukan sahaja penduduk tempatan dari Sarawak malahan pelancong asing serta pengunjung dari Semenanjung turut tidak melepaskan peluang untuk bersiar - siar di sepanjang Buntal Bay untuk melihat pemandamngan tepi laut yang luas terbentang.

Saya kongsikan gambar - gambar seterusnya yang saya sempat ambil sepanjang kunjungan saya pada hujung minggu ini ke Kampung Buntal.Adalah sesuatu yang sangat melegakan menghabiskan hujung minggu bersiar - siar menghayati pemandangan indah alam semulajadi yang turut mendekatkan kita kepada Kemahabesaran Yang Maha Menciupta.





















































BUNTAL BAY DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG,SARAWAK.













































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: