#7 - TODAY IS AZLAN RUMADI - SNAP SIKIT - SIKIT JE DI BANDAR KUCHING
Hidup tidak akan pernah membosankan sekiranya kita rajin untuk mencari aktiviti dan apa -apa jua yang hendak kita lakukan.termasuk saya yang gemar untuk berjalan - jalan kerana itu Kamera merupakan senjata saya seperti mana pistol atau senapang bagi anggota keselamatan seperti askar dan polis.Bezanya saya boleh "tembak merata ". hehe..
Maksudnya apa apa sahaja yang rasa ingin saya abadikan dalam bentuk gambar saya boleh ambil gambar tersebut sehinggalah anda dapat melihat gambar tersebut di saat anda membaca posting ini.ye kan ?
Mungkin bagi sesiapa yang merasakan ianya tidak berkenaan dengan dirinya menganggap gambar - gambar yang diambil adalah sesuatu yang biasa.Tetapi,berbeza dengan bagi mereka yang merasakan mereka adalah sebahagian dari gambaran yang dipaparkan dalam foto tersebut.Jangan gambar terkantoi sudahlah ye..saya tak tertanggung.. saya main tembak je.. hehehe..
apa - apa pun hari hari adalah sangat indah dan kerana itu sesetengah manusia atau individu sanggup menghabiskan banyak duit untuk mendapat hari - hari yang sangat bermakna dan berharga.Namun,tak semuanya memerlukan duit untuk memberikan anda hari - hari terbaik.
Ianya terpulang pada diri sendiri.Sedalam mana anda menyelami apa yang anda lihat , dengar, hidu dan rasa kan.Orang pernah kata Jauh perjalanan,luas pemandangan ye tak ?
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment