Thursday, May 12, 2016

PERJALANAN PULANG KE KUCHING DARI KAMPUNG PUSA,BETONG PADA MEI 2016



PERJALANAN PULANG KE KUCHING DARI KAMPUNG PUSA,BETONG PADA MEI 2016 

Pulang ke kampung halaman sendiri merupakan suatu masa yang amat menenangkan jiwa untuk melihat keindahan suasana kampung.Ya mungkin bagi mereka yang kurang faham dengan jiwa anak kampung seperti saya mengatakan kehidupan di kampung itu membosankan kerana tiada tempat - tempat menarik yang untuk dilawati..Tiada Shopping Mall , rangkaian internet yang agak kurang,dengan segala jenis kekurangan yang merimaskan seperti terpaksa menaiki bot tambang untuk ke menyeberang sungai dan banyak lagi permasalahan yang lain.
Berbeza dengan anggapan anak kampung seperti saya yang dilahirkan dibesarkan di sini yang mana selama berdekad yang dilalui kehidupan dikampung ini banyak mendidik dan mengajar kami erti kesusahan dan mengggunakan kudrat untuk mencukupi apa yang perlu dicukupkan dengan apa yang seadanya dan kami sudah biasa dengan kehidupan sebegitu malah saya berani mengatakan ianya lebih menyenangkan dan menyeronokkan dari tempat lain - lain apabila ianya merupakan kampung halaman anda atau tempat anda membesar.


Ingatan kepada kampung halaman ini takkan pudar walaupun masa dan waktu cepat berjalan.Ianya sungguh menggusarkan disaat anda terpaksa pulang ke tempat tugas anda di kala anda masih menginginkan lebih masa untuk berada di kampung halaman anda sendiri.

Begitu juga perasaan yang sama yang saya hadapi setelah beberapa menghabiskan masa di Kampung dan saya dalam perjalanan pulang ke Kuching pada awal Mei 2016 yang lalu menaiki Van tambang pada ketika itu.Namun atas urusan tugas saya terpaksa melangkah kaki untuk meninggalkan kampung halaman saya.

Perjalanan ke Kuching saya pada kali ini akan melalui jalan laut atau persisir laut dan sungai yang akan melalui beberapa feri untuk menyeberang sungai sebelum sampai ke Kuching.Namun perjalanannya agak menyeronokkan dengan melalui perjalanan seawal pagi dan akan sampai ke Kuching pada tengahari yang mana mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam perjalanan.


Perjalanan saya dari rumah saya bermula seawal pagi dengan menggunakan bot untuk ke Seberang.Perjalanan bot tidak lama,hanya mengambil masa kira - kira 5 ke 10 minit sebelum sampai ke Jeti Pasar atau Pekan Pusa di seberang.Kami menunggu bot penambang di Kampung Hilir Pusa.



Bot dah pun sampai....




Mentari pagi yang memancar menyambut hari - hari yang sangat indah dengan pemandangan semulajadi di Kampung Pusa,Betong Sarawak.


Dah pun sampai di Seberang dan jangan hairan dengan poster - poster yang banyak dilekatkan kerana pada ketika itu merupakan waktu berkempen untuk Pilihanm raya Negeri Sarawak yang ke 11.

BACA JUGA : PERANG POSTER MEMERIAHKAN KEMPEN PRN KE 11 NEGERI SARAWAK 2016 DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK







Pusat Perniagaan Komersial dan Market Majlis Daerah Pusa merupakan antara dua lokasi yang banyak menyumbangkan pendapatan dan sumber - sumber bagi mencukupkan kehidupan harian di Daerah Pusa.Malah sebelum ini saya juga pernah mengongsikan kepada anda tentang Market Majlis Daerah Pusa ini.

BACA JUGA : MARKET MAJLIS DAERAH PUSA,BETONG SARAWAK.






































KEBERANGKATAN DAN  PERJALANAN KE KUCHING SARAWAK

 Perjalanan akan mengambil masa selama 3 ke 4 jam. Perjalanan ini semestikan sedikit menyerorokkan bagi mereka yang gemar untuk mengembara ke jalan - jalan yang akan membawakan anda kepada pemandangan pesisir laut yang akan memberikan anda satu pengalaman perjalanan yang unik.

Gambar - gambar yang berikutnya akan memberikan gambaran perjalan yang akan saya lalui sebelum sampai ke Kuching Sarawak.






















































PEMBUATAN BELACAN DI KAMPUNG TEMBIRAT,KOTA SAMARAHAN SARAWAK.

Sebelum kami perjalanan kami memasuki bandaar Kuching terdapat sesuatu yangsangat menarik ketika saya kami menghantar salah seorang penumpang ke Kampung Tembirat di Kota Samarahan,Sarawak.

Saya sempat melihat sekejap sebahagian dari proses dalam penghasilan belacan Tembirat.Bersebelahan dengan lokasi rumah penumpang tersebut saya melihat banyak terdapat udang - udang halus yang sedang dijemurkan untukdijadikan bahan dalam penghasilan Belacan

Seperti yang semua tahu belacan merupakan salah satu ramuan makanan yang sangat digemari oleh semua masyarakat terutama Orang Melayu untuk membuat dan melengkapkan ramuan dalam resipi makanan - makanan untuk menambah keenakannya.





Menarik bukan ? selepas itu pejalanan saya diteruskan sehinggalah sampai ke depan rumah.Agak memenatkan tapi sangat menyeronokkan.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my









No comments: