Thursday, May 19, 2016

PROFILE DAN GAMBAR - GAMBAR SENSASI DAN MENARIK AMYRA ROSLI



PROFILE DAN GAMBAR - GAMBAR SENSASI DAN MENARIK AMYRA ROSLI

Amyra Rosli.Seorang lagi bakat lakonan yang semakin bergemerlapan di Tanah Air dan semakin menampakkan kemajuan dalam bidang lakonan.Nama beliau semakin menjadi sebutan di kalangan peminat dan penonton yang mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan tanah air.Lakonannya yang semakin mantap dalam pembawaan watak - watak dalam filem dan drama menjadikan beliau seorang pelakon yang sering menarik perhatian pengarah dan penerbit filem tanah air.

Drama Suamiku Encik Sotong ternyata merupakan salah satu drama yang berjaya melonjakkan nama beliau dalam dunia hiburan atau lakonan sejurus pembawaan watak beliau dalam drama tersebut menaikkan populariti beliau.Ini juga membuka peluang beliau untuk mendapat tawaran berlakon yang lebih banyak dari pembuat filem - filem tempatan.


Selain itu juga kecantikan dan kejelitaan yang dimiliki beliau turut membawa beliau dalam bidang permodelan apabila beliau mula mucul di beberapa iklan produk - produk di kaca televisyen.Beliau juga mula mewarnai muka depan majalah - majalah hiburan.

Seterusnya kita baca serba sedikit berkenaan dengan profile ringkas Amyra Rosli yang infomasinya saya sempat cari di laman carian.Khas untuk Pembaca.


BIODATA RINGKAS DAN LATAR BELAKANG AMYRA ROSLI

Amyra Rosli dilahirkan dengan nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli dilahirkan  pada  24 Ogos 1991.

Beliau berasal dari  Kuala Lumpur
Nama ibu beliau adalah Noor Zaridah Ahmad dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik

Beliau mendapat Pendidikan dalam Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Beliau juga merupakan duta kepada Produk kecantikan Aura White SkinSpa

Antara Drama atau Telefilem yang pernah beliau berlakon adalah seperti Suamiku Encik Sotong, Jodoh, Supermax, Warkah Cinta (TV AlHijrah), Cinta dan Wahyu


GAMBAR - GAMBAR MENARIK DAN SENSASI AMYRA ROSLI 

Beliau cantik,beliau menawan,beliau anggun dan jelita.Seterusnya saya kongsikan gambar - gambar menarik beliau untuk tatapan anda.

 









 




















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: