Sunday, May 29, 2016

MAKAN TENGAHARI DI WARONG PADANGCAFE DI JALAN HAJI TAHA KUCHING , SARAWAK.


MAKAN TENGAHARI DI WARONG PADANGCAFE DI JALAN HAJI TAHA KUCHING , SARAWAK.

Perusahaan warung atau kedai makan semakin ramai diusahakan di sekitar bandaraya Kuching yang semestinya memberikan pelbagai dan aneka pilihan makanan atau menu kepada orang ramai.Semakin ramai kedai - kedai makan yang menawarkan pelbagai jenis masakan termasuk masakan Indonesia seperti Masak Padang atau Minang , masak jawa dan sebagainya selain itu masakan lain seperti masakan thailand pun tidak kurang hebatnya.Kini semakin banyak pilihan yang ditawarkan oleh pengusaha - pengusaha kedai makanan ini kepada orang ramai dan bertambahnya kedai makan ini akan mempelbagaikan juga tawaran - tawaran menarik yang disediakan oleh pihak pengusaha untuk menarik pelanggan yang datang.


Warung PadangCafe merupakan venue pilihan saya dan keluarga saya untuk hujung minggu ini untuk makan tengahari kami.Setelah puas berjalan di sekitar India Street dan sekitanya perutpun dah mulai lapar.Maka,jalan punya jalan akhirnya Warong PadangCafe menjadi pilihan kami sekeluarga pada kali ini.Ini merupakan petama kali datang ke Warong Padang Cafe kerana hendak melihat dan mencuba pilihan - pilihan makanan yang disediakan oleh Warung ini.

Jika dilihat pada nama Warung ini ianya sangat berkaitan dengan Indonesia .Betul tak ? Yes.. memang makanannya banyak berunsurkan makanan Indonesia dan dilakukan sedikit penyesuian mengikut selera masyarakat di Sarawak.

Apa pun yang saya boleh katakan...SEDAP ! memang SEDAP !

Terdapat pelbagai pilihan termasuk aneka masakan ikan,ayam dan daging serta sambal menyambal yang boleh dijadikan pilihan serta banyak lagi masakan Melayu ala Indonesia Padang yang boleh dinikmati di sini.Harga pun bepatutan.

Perut dah lapar....kita tengok sedikit hidangan yang terdapat di sini...
































NASI DAN LAUK PILIHAN SAYA DI WARONG PADANGCAFE HARI INI.

Tenung punya tenung last - last inilah lauk paukyang menjadi pilihan saya pada hari ini.. kari kepala ikan merah.. ehem...sotong masak sos..sayur peria dan daging masak kicap...

Bismillah..






Nah..saya bagi landmark sedikit berkenaan dengan lokasi Warung PadangCafe di Jalan Haji Taha ini atau anda boleh dapatkan informasi lain dengan melayari Facebook di SINI.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: