PENGHIBUR JALANAN ( BUSKERS ) : BERAMAL SAMBIL BERHIBUR
Buskers.atau dalam bahasa melayunya bermaksud penghibur jalanan.Merujuk kepada kata dasar bahasa Inggeris "Busk" yang membawa maksud membuat persembahan menjelaskan pada gambaran semasa terhadap meraka yang terlibat dalam aktiviti yang sekian lama bermula merentas zaman. Pada masa sekarang masyarakat lebih memberi pengertian buskers lebih kepada persembahan jalanan berbentuk nyanyian secara live dan unplugged.Namun secara umumnya persembahan dalam busking boleh terdiri dari pelbagai bentuk seperti tarian,Miming atau Mime,Lukisan dan pelbagai lagi persembahan yang boleh dijadikan subjek dalam busking.
Sebahagian penjelasan dari sumber penganalisis sosial dan budaya juga menjelaskan aktiviti busking diadakan bagi mengutip dana atau wang daripada orang ramai untuk pelbagai tujuan.Terdapat Buskers yang menjadikan busking sebagai mata pencarian dan tidak kurang yang menjadikannya sebagai suatu kepuasan dan aktiviti sampingan bagi mengisi masa lapang.Selain kutipan dalam bentuk wang sesetangah busker atau penghibur jalanan di negara lain menerima bentuk bentuk sumbangan yang lain seperti minuman,makanan dan pelbagi lagi bentuk sumbangan samaada diperlukan ataupun dema ikhlasa hari dari para penonton atau orang awam.
Bercerita tentang perkembangan semasa busker ramai penghibur jalanan masa sekarang memilih kepada konsep nyanyian.Kemungkinan ini kerana peralatannya mudah dan senang untuk diperolehi dan penyampainnya mudah melalui lagu - lagu yang ditujukan kepada orang awam yang menonton persembahan mereka.Sememangnya mereka diibaratkan seperti mewarnai setiap liku perjalanan dengan menyampaikan hiburan secara langsung kepada orang ramai.Lazimnya lagu - lagi yang dipersembahkan oleh buskers samaada lagu dari orang lain yang kebiasaannya lagu lagu yang sedang hangat didalam radio ataupun lagu - lagu yang mereka cipta sendiri.
Selain itu juga,saya juga ingin memandang dari sudut kontek Memberi dan ini turut menjelaskan tajuk "Beramal sambil berhibur " di atas.Bayangkan ada seseorang yang sedang bersedih dan berduka dan bersendirian disatu tempat yang terdapat persembahan buskers.Secara tidak sengaja kedukaan dan kesedihan bertukar sebentar menjadi senyum tawa yang mengubat kesedihan kemudian sedikit wang dari saku dihulurkan kepada penyanyi jalanan itu tadi maka amal jariah berbalas amal jariah semasa kedua pihak? betul ? mudahkan ?
BUSKERS ATAU PENGHIBUR JALANAN DI KUCHING SARAWAK
Kita akan dapat melihat penghibur - penghibur ini di Waterfront Kuching,Sarawak terutama menjelang malam hari dankita akan dapat menyaksikan pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan dari mereka semua.
BUSKERS ATAU PENGHIBUR JALANAN DI KUCHING SARAWAK
Kita akan dapat melihat penghibur - penghibur ini di Waterfront Kuching,Sarawak terutama menjelang malam hari dankita akan dapat menyaksikan pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan dari mereka semua.
Saya berasal dari Sarawak dan sekarang menetap di Kuching. Saya banyak kali menonton persembahan buskers dari beberapa group atau band busker di sekitar bandaraya Kuching yang ternyata persembahan sangat bagus dan baik apabila ianya disampaikan secara sederhana dengan suasana yang santai dan bersahaja.Malah sangat menyenangkan menyaksikan persembahan mereka menyampaikan lagu - lagu dari penyanyi - penyanyi terkenal tanahair termasuk juga dari negara jiran dan seberang.
Seterusnya adalah video - video buskers yang sempat saya rakamkan disekitar Kuching.InshaAllah saya akan mencari dan mengongsikan lebih banyakl lagi video pada masa akan datang.Sekurang - kurangnya membantu mereka dan mengetengahkan mereka kepada skop yang lebih besar dan luas.
PUTIT KAREH BUSKERS - BERKIKIS BULU BETIS
BROTHER G BUSKERS - MATAHARI
IKON BUSKERS - PUDAR
IKON MUSIC - TEMAN PENGGANTI
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment