Monday, May 23, 2016

HUJUNG MINGGU DI PERKAMPUNGAN BIDAYUH,KAMPUNG STABUT,PADAWAN,KUCHING,SARAWAK


HUJUNG MINGGU DI PERKAMPUNGAN BIDAYUH, KAMPUNG STABUT, PADAWAN, KUCHING, SARAWAK

Hujung minggu yang dihabiskan untuk satu satu pengembaraan ke tempat - tempat yang anda belum pernah jejaki merupakan satu perjalanan yang sangat mengujakan bagi seorang yang suka untuk menikmati perjalanan dan alam semulajadi seperti saya.Saya sebenarnya lebih suka untuk menghabiskan hujung minggu dengan mengambil satu perjalanan tidak kiralah perjalanan yang jauh atau dekat dan menikmati suasana alam semula jadi termasuk hutan belantara, kawasan perkelahan,air terjun  tepi pantai dan sebagainya.

Ketika ramai orang lebih memilih tempat - tempat seperti Shopping Mall, taman - taman di bandar untuk bersantai dihujung minggu saya lebih gemar dan memilih tempat - tempat yang semulajadi atau natural untuk dimenikmati hujung minggu yang sangat menyenangkan.

Kampung Stabut merupakan lokasi hujung minggu yang saya pilih untuk kali ini.Perjalanan dari Kuching ke kampung Stabut mengambil masa kira - kira lebih kurang 1 jam. Perjalanan dari Kuching ke Kampung Stabut memerlukan anda melalui jalan bukit bukau yang merimbun dengan pohon - pohon hijau yang akan memberikan anda satu suasana yang amat menenangkan dan mendamaikan.
Melalui lebuhraya Kuching - Serian perjalanan dimulai dengan memasuki satu simpang di Tapah yang membawa kami ke kawasan pergunungan di Padawan.Seterusnya kami memasuki satu perkampungan Bidayuh,Kampung Peraya sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Stabut.

Jika dilihat pada aktiviti penduduk tempatan kebanyakan mereka menjalankan aktiviti dengan bercucuk tanam di tanah - tanah kebun.Antara yang terdapat di kebun adalah pokok durian dan pelbagai lagi jenis pokok - pokok buah yang lain.Selain itu terdapat juga aktiviti menternak ikan yang dapat dilihat dengan kewujudan kolam - kolam yang dapat dilihat disepanjang jalan.Saya juga diberitahu terdapat aktiviti lain seperti menangkap ikan di sungai terutama Sungai Serin yang menjadi sumber mendapatkan ikan oleh penduduk tempatan semenjak dari zaman nenek moyang pada masa dahulu.

Sungai Serin merupakan antara sungai yang sangat penting bagi penduduk tempatan.Kunjungan pertama kali saya ke Kampung ini memperlihatkan saya akan air sungai yang berarus dan jernih malah ianya menjadi sumber air yang utama bagi penduduk tempatan mendapatkan bekalan air untuk mandi,minum dan mencuci pakaian dan sebagainya.Tidak sabar rasanya untuk mandi manda di Sungai itu.

Ada Sungai dan air terjun,ada pokok - pokok hijau,ada kebun - kebun yang menhijau, ada pemandangan gunung ganang bukit - bukau yang mempersonakan...

Kunjungan saya ke Kampung Stabut ini memang memberikan saya suasana desa yang sangat indah dan mempersonakan.Sebelum mandi di sungai saya menyempatkan diri untuk berjalan - jalan di sekitar kampung untuk melihat suasana dan menikmati alam semula jadi flora dan fauna yang terdapat di kampung ini.Kamera DSLR yang ada pada saya saya manfaatkan untuk mengambil apa sahaja yang ada dan di depan mata saya.Saya ini bukanlah seorang jurufoto yang profesiomal namun apa yang ada depan mata saya saya abadikan dalam gambar untuk dikongsikan dalam post kali ini.

Saya berjalan sepanjang jalan - jalan kebun untuk melihat panorama indah bukit bukau sambil menikmati kenyamanan udara bersih dan kehidupan di sekelilingnya.Seingat saya agak lama saya tidak melalui percutian yang sebegini dan Mei 2016 ini membawa saya untuk pertama kalinya ke Kampung Stabut ini.

Seterusnya saya kongsikan gambar - gambar yang saya bawa pulang dari Kampung Stabut untuk para pembaca.Cukup Indah..Sebelum saya menikmati air Sungai Serin yang sejuk dan dingin.
































































































































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: