VIDEO LOKASI PERKELAHAN MENARIK DI KAMPUNG STABUT , PADAWAN , KUCHING, SARAWAK
Negeri Sarawak merupakan salah satu negeri yang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.Terdapat banyak lokasi - lokasi menarik untuk menghabiskan masa hujung minggu bagi yang gemar atau meminati percutian amhupun di tempat - tempat yang memberikan anda suasana semulajadi yang menenangkan.
Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang kunjungan saya ke Sebuah Perkampungan Bidayuh di Padawan namun kali ini saya kongsikan anda sedikit video kepada anda yang memaparkan keindahan dan suasana air Sungai yang jernih dan semestinya menyeronokkan untuk tempat perkelahan bersama dengan rakan - rakan atau dengan ahli keluarga.
Sungai Serin merupakan sebatang sungai yang terletak di Kampung Stabut,Padawan, Kuching yang merupakan sumber air semulajadi bagi penduduk di sekitar perkampungan tersebut sehingga ke Kampung Peraya walaupun terdapat sumber air moden yang sediakan oleh Kerajaan kepada penduduk yang mendiami kawasan sekitarnya.Sungai ini merupakan salah satu sungai yang menjadi sumber - sumber kehidupan bagi masyarakat bidayuh di kawasan tersebut.
Semestinya juga Sungai Serin merupakan salah satu lokasi perkelahan yang sangat menyeronokkan.saya dah merasakannya..anda bila lagi ? : )
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment