Monday, May 23, 2016

REKAAN - REKAAN KEBAYA MODEN DAN TREND YANG TERKINI DI INDONESIA


REKAAN - REKAAN KEBAYA MODEN DAN TREND YANG TERKINI DI INDONESIA

Baju Kebaya merupakan salah satu baju tradisional yang dipakai oleh kebanyakan wanita - wanita di nusantara termasuk Indonesia,Malaysia,Singapura dan Brunei.Baju kebaya yang diperbuat dari kain kasa selaluinya di sesuaikan dengan dipasangkan dengan pemakaian sarung,batik dan pakaian tradisional yang lain.Kebanyakan kebaya yang digunakan menampilkan motif bunga dan alam semula jadi.Selain itu kesenian yang utama pada baju kebaya apabila pereka pakaian tradisional memasukkan seni sulaman pada baju - baju kebaya yang disulam.
Sehingga hari ini pemakaian baju kebaya merupakan antara pakaian yang menjadi kebanggaan wanita di negara - negara nusantara sehinggakan banyak rekaan - rekaan kebaya moden yang diilhamkan dari rekaan kebayaan tradisional di hasilkan dengan membuat penyesuaian mengikut rekaan yang menjadi trend di suatu - suatu masa.Tidak dinafikan baju kebaya begitu berkembang dan masih menjadi tradisi bagi wanita - wanita di nusantara dan pemakaiannya merentas masa dan zaman dari lebih seribu tahun dahulu.

Baru - baru ini saya sempat mengintai beberapa penggayaan baju kebaya moden di seberang Indonesia melalui sumber laman - laman facebook tertentu.Ternyata rekaan yang dihasilkan amat memberansangkan dan semestinya ramai yang tertarik untuk menempah dan memilikinya.Kebanyakan rekaan kebaya moden ini masih mengekalkan motif dan corak bunga dari kebaya tradisional.

Selain itu juga,baju - baju kebaya yang dihasilkan oleh pereka - pereka dari negera seberang ini memilih warna - warna yang moden untuk disatukan dengan motif corak baju agar lebih ideal bagi menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.Atas faktor Permintaan pelanggan yang terdiri dari pelbagai golongan terutama golongan atasan,artis dan selebriti rekaan - rekaan kebaya moden tersebut direka semula mengikut tema - tema tertentu bagi diperagakan dalam majlis - majlis tertentu yang berprestij dan majlis - majlis penting.

Kebaya - kebaya moden yang dihasilkan dari Indonesia ini juga memasukkan elemen - elemen negara Indonesia seperti corak batik dari Jawa dan juga ciri -ciri tradisional yang selainnya.





























































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: