Wednesday, September 07, 2016

DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014







VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014


VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014

Damai Central Kuching Sarawak merupakan salah satu tarikan destinasi untuk bersantai bagi menikmati pemandangan tepi laut yangs angat mendamaikan di Kuching Sarawak.Pemandangan indah pantainya yang menghampar luas memberikan sesuatu pemandangan yang sangat mendamai dan menenangkan bagi berehat dan bersantai terutama hujung minggu selepas kesibukan bekerja sepanjang minggu.
Apa yang menariknya di Damai Cental Kuching ini adalah terdapat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan terdapat juga kemudahan kemudahan untuk beriadah bersama keluarga,rakan -rakan atau untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk menganjur atau mengadakan aktiviti di kawasan ini.Selain itu juga lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat tempat peranginan seperti resort juga menjadikan ianya suatu lokasi yang sangat ideal untuk menghabiskan hujung minggu atau percutian anda.


Berdekatan dengan Damai Central Kuching ini adalah beberapa resor - resort atau hotel - hotel yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan pakej - pakej menarik untuk para pengunjung.Antaranta adalah Damai Beach Resort,Damai Puri Spa & Hotel,Penginapan Kem Permai,Rain Forest, VCentury Santubong Hotel dan beberapa lagi lokasi menarik yang lain.

Di Damai Central sendiri juga terdapat Escobar,Seven E ( 7E) dan juga tempat - tempat yang menyediakan makanan halal kepada pengunjung.Di Damai Central Kuching juga turut menjadi penganjuran konsert - konsert dan banyak lagi events - events terutama Music Festival Rain Forest yang menjadi acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai bentuk lapisan masyarakat dari seluruh dunia.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: