Wednesday, September 14, 2016

BURNIN' LEAVES NATION DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK PADA JULAI 2016


BURNING' LEAVES NATION DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK PADA JULAI 2016

Burning Leaves Nation merupakan antaran salah satu band yang sangat aktif dalam bidang busking selain mereka turut beranjak terlibat dalam gigs- gigs malah mereka sering dijemput dalam event - event tertentu untuk menghibur dan membuat persembahan.Saya akui ketika pertama kali saya menonton persembahan mereka di Waterfront Kuching Band yang banyak mempersembahkan muzik alternatif 90-an ini mempunyai aura dan keunikan serta gaya imej yang tersendiri dalam mempersembahkan bakat dan kebolehan mereka menghibur dan menghiasi suasana malam di Waterfront Kuching Sarawak.

Pada kali ini saya bawakan kepada anda beberapa video yang saya sempat rakamkan bagi memperkenalkan Burning Leaves Nation ketika pertama kali saya berpeluang menonton persembahan mereka pada kunjungan di Waterfront pada Julai 2016 yang lalu.

Saya berhasrat akan membawakan lebih banyak video persembahan - persembahan dari mereka serta banyak lagi penyanyi - penyanyi jalanan di sekitar Waterfront Kuching bagi diketengahkan pada masa yang akan datang.

Beberapa buah lagu yang menggamit nostalgia zaman persekolahan saya menjadi pilihan untuk dipersembahkan pada malam itu


CREEP BY BURNIN' LEAVES NATION
Lagu nyanyian asal band Radiohead


KARMA POLICE BY BURNING LEAVES NATION
Nyanyian asal Radiohead


BEDROOM WINDOW BY BURNING' LEAVES NATION
Nyanyian asal Nice Stupid Playground 




SEMOGA TERHIBUR.

Nantikan lebih banyak video dari penyanyi jalanan di Sarawak yang akan saya kongsikan dari semasa ke semasa.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: