Monday, September 26, 2016

TOKO DAGING - WESTERN GRILL ANTARA YANG TERBAIK DI KUCHING,SARAWAK


TOKO DAGING - WESTERN GRILL ANTARA YANG TERBAIK DI KUCHING,SARAWAK

Toko Daging.Mungkin ramai yang mula mengenali dan mengetahui akan keunikan dan keenakan rasa dan selera menu yang sangat mempesonakan di Toko Daging semakin ramai yang memperkatakan tentang keenakan masakan ala barat ( grilled ) yang dipersembahkan oleh salah satu warung makan yang terdapat di Kampung Gita Kuching Sarawak.Mula menjadi perbualan hangat di media sosial sehinggakan Toko Daging ini menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datang ke kedai ini bagi mencuba sendiri menu - menu menarik yang disediakan dengan cara dan style yang tesendiri hasil inspirasi Chefnya yang juga mempunyai kisah dan pengalamannya juga tersendiri.

Semalam saya menerima jemputan dari seorang rakan yang menjemput saya ke Toko Daging untuk merasai sendiri keunikan rasa menu - menu yang ditawarkan di Toko Daging.Kedatangan kami di Toko Daging disambut mesra oleh Pengurus Toko Daging Sendiri iaitu Saudara Mohd Awet yang memberikan layanan kepada kami seawal ketibaan kami.

 Menariknya di Toko Daging ini pada pandangan saya adalah Konsep ala Kampungnya yang memberikan satu suasana santai yang amat menenangkan dan relak namun sangat meriah dengan kehadiran pengunjung - pengunjung yang datang dari pelbagai pelusuk tempat sama ada dari dalam Kuching dan malah dari luar Kuching pun ada untuk menikmati Masakan Grilled ala Barat yang disediakan di Toko Daging.

TOKO DAGING - THE MEET THE GRILL

OPERATION HOURS
ISNIN - AHAD
7.00 MALAM  - 11.00 MALAM

ADDRESS
TAMAN MAWAR,LORONG MAWAR 2,
KAMPUNG GITA,93050 PETRA JAYA,
KUCHING,SARAWAK.

PAGE RASMI FACEBOOK

 https://www.facebook.com/TOKO-Daging-194460097565941/

Toko Daging Menyediakan pelbagai bentuk Menu Grilled Ala Barat yang pastinya akan menarik selera anda untuk mencuba setiap menu yang ditawarkan.Ada lagi yang lebih menarik.....Kebanyakan menu - menu yang ditawarkan pada harga yang SANGAT BERPATUTAN.

Menu  - menu yang ditawarkan di Toko Daging adalah seperti berikut

TOKO DAGING - THE MEET THE GRILL

OPERATION HOURS
ISNIN - AHAD
7.00 MALAM  - 11.00 MALAM

ADDRESS
TAMAN MAWAR,LORONG MAWAR 2,
KAMPUNG GITA,93050 PETRA JAYA,
KUCHING,SARAWAK.

MENU - MENU DI TOKO DAGING

TOKO CHICKEN MEAT
Grilled Chicken
Grilled Chicken - XL Sausage
Double Grilled Chicken
TOKO XL SAUSAGE
Grilled Sausage
Double Grilled Sausage

TOKO MEAT PLATTER
Grilled Mixed Platter
Serve With Chicken,XL Sausage & Lamb Shoulder
*Add - On Beef Available

TOKO LAMB SHOULDER
Grilled Lamb
Grilled lamb + XL Sausage
Double Grilled Lamb

TOKO NORWEGIAN SALMON
Grilled Salmon Cutlet
Double Grilled Salmon Cutlet

TOKO BEEF MEAT
 Grilled Beef
Grilled Beef + XL Sausage
Double Grilled Beef

TOKO MELT CHEESE
Grilled Chicken Cheese
Grilled Lamb Cheese
Grilled Beef Cheese
Grilled XL Sausage Cheese.
SPECIAL DRINK EXCLUSIVELY ( Sejuk / Panas )
Teh Ijo
Teh Mirah
Chocolate
Strawberry
Strochok
Teh Bunga
Mocha

Aek Tin 
Kopi AusEh ( botol )
* Pelbagai lagi jenis aneka Minuman yang di sediakan

Anda Boleh merujuk peta untuk ke TOKO DAGING.

PETA ARAH KE TOKO DAGING.



GRILLED CHICKEN UNTUK MAKAN MALAM DI TOKO DAGING

Kunjungan ke Toko Daging kali ini saya memilih Grilled Chicken untuk menu makan malam dan juga merupakan menu pembukaan bagi kunjungan pertama saya kali ini.Sebenarnya agak rambang mata untuk memilih menu yang disediakan.

Servis atau layanan yang disediakan amatlah memuaskan dan anda tidak perlu menunggu lama bagi pesanan anda di sediakan untuk menikmati..

BISMILLAH....Aummm...



Saya pernah mengunjungi banyak rumah - rumah makan yang menyediakan makanan ala barat dan western dan tidak dinafikan konsep dari segi rasa dan menu yang diketengahkan oleh Toko Daging mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari segi keunikan rasa Kuah ( Gravy ) Black Paper yang akan menaikkan selera anda bermula seawal ianya dihidangkan di atas meja anda.Serius ! memang sedap ! tekstur dagingnya yang lembut dan juga kombinasi Gravy ( Kuah ) Black Paper nya yang memberikan anda variasi rasa yang sangat mempersonakan.

Selain itu dari segi kualiti penyediaannya sangat sangat memuaskan dan saya sempat bertanya kepada pengurusnya di mana kualiti dari segi bahan - bahan yang digunakan termasuk daging - daging dalam penyediaan menu - menu di Toko Daging amatlah dititikberatkan bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan yang mengujungi Toko Daging Beliau.

Secara peribadi saya berpendapatan sekiranya anda menginginkan selera makanan Grill Ala Western yang terabaik di Kuching Sarawak anda WAJIB mencuba menu - menu yang di sediakan di Toko Daging ini dan anda pasti akan tertarik dengan konsep dan keunikan atau kelaianan yang dipersembahkan dan dibawakan oleh Toko Daging ini.

Ini baru dikatakan Western Grill antara yang terbaik di Kuching Sarawak.


TOKO DAGING DI AKHBAR - AKHBAR TEMPATAN


Toko Daging turut mempunyai perjalanannya yang tersendiri seperti kebanyakan perusahaan - perusahaan yang selainnya dan perbualan saya sepanjang di Toko Daging dengan Pengurus Toko Daging Saudara Mohamad Awet telah membawakan banyak kisah - kisah inspirasi yang boleh dijadikan Ilham dan suatu bentuk daya pemikiran dari perspekstif seorang Usahawan yang mempunyai keinginan dalam memajukan diri sendiri disamping merealisasikan impian untuk menjadi sebuah kenyataan yang termanis dalam kehidupan.


INPIRASI TOKO DAGING DARI SEBUAH PERJALANAN DI LUAR NEGERI

Toko Daging yang mula dilancarkan dan membuka perniagaannya pada Ogos 2015 sehinggalah sekarang ianya mula mengorak langkah dibangunkan menjadi sebuah Toko yang menjadi tumpuan ramai pengunjung sehingga pada hari ini.Saya sempat bertanyakan tentang kisah kisah dari Pengurus Toko Daging sendiri disebalik perjalanan perniagaannya.

Banyak kisah - kisah yang tersembunyi untuk difikirkan dan direnungkan bersama. 

Dari Mana Datangnya nama "Toko Daging" ? Nama Toko Daging diilhamkan dari sebuah rumah makan yang terdapat di Indonesia yang menawarkan konsep yang lebih kurang sama. 

Mengapa Toko Daging ? Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai Chef di beberapa hotel - hotel terkemuka di Kuching Sarawak.Selain itu,beliau sering membawa keluarga beliau ke Bandung Jakarta untuk melihat negeri keunikan dan keindahan di luar negeri sehinggalah beliau mula menemui ilham dan impian untuk membawa beberapa konsep kedai makan yang beliau dapati di Jakarta.Langsung beliau mula membuat perancangan untuk membuka satu kedai makan yang berkonsepkan masakan Ala Barat ( Grilled ) sehinggalah lahirnya Toko Daging sehingga pada hari ini.

Toko Daging Pada Permulaannya ? Toko Daging seawal memulakan perniagaannya hanyalah sebuah Stall ringkas yang hanya menyediakan "Tapau " atau takeaway untuk pengunjung.Melihat kepada sambutan yang diterima dari pengunjung amatlah memberansangkan beliau mula menyediakan ianya dalam bentuk hidangan dan dari situ Toko Daging mula berkembang sehingga menjadi sebuah kedai makan pada hari ini.

Idea Menu - Menu di Toko Daging ? Memandangkan perniagaan makanan ala Western masih kurang dijadikan konsep dalam sesebuah perusahaan di kalangan Bumiputera di Kuching atau Sarawak beliau mula mengambil langkah membangunkan perusahaan tersebut bagi membuka minda dan pemikiran untuk berfikir tentang suatu idea yang boleh memajukan diri sendiri.Beliau mula membuat survey dikebanyakan kedai - kedai makan bagi mempelajari dan mendapatkan ilham sehingga tercetusnya idea Konsep Toko Daging.

Menu Vs Harga ?  Kita semua maklum bahawa makanan barat yang disediakan di kebanyakan tempat ditawarkan dengan harga yang sangat mahal.Namun di Toko Daging anda mampu menikmati Masakan Ala Western pada harga yang sangat berpatutan selain menikmati kualiti penyediaan makanan yang terbaik.Beliau juga menjelaskan beliau meletakkan harga yang lebih rendah supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati menu di Toko Daging.Lebih penting HALAL ! supaya Toko Daging adalah sebuah kedai makan yang boleh dinikmati semua lapisan masayarakat tidak mengira kaum.

Kepuasan Pelanggan Menjadi Keutamaan. Rata - rata pelanggan yang pernah berkunjung ke Toko Daging berpuas hati dengan makanan yang disediakan selain dari servis terbaik yang diamalkan di Toko Daging.

Harapan dan Pesanan kepada Masyarakat dan Pembaca. Saudara Awet yang merupakan pengurus kepada Toko Daging berharap supaya kita akan lebih banyak membuka minda kita untuk membantu kehidupan kita dengan membuka perniagaan.

TOKO DAGING - THE MEET THE GRILL

OPERATION HOURS
ISNIN - AHAD
7.00 MALAM  - 11.00 MALAM

ADDRESS
TAMAN MAWAR,LORONG MAWAR 2,
KAMPUNG GITA,93050 PETRA JAYA,
KUCHING,SARAWAK.

PAGE RASMI FACEBOOK


TOKO AEK DI TOKO DAGING


DAYANG NURFAEZAH merupakan antara artis terkenal tanah air yang pernha berkunjung ke Toko Daging.

Seterusnya saya kongsikan beberapa gambar berikut sebagai preview awal TOKO DAGING atau anda boleh berkunjung sendiri ke Toko Daging untuk melihat dan menikmati sendiri keenakannya.






































Saya semestinya akan berkunjung ke Toko Daging pada masa yang akan datang untuk menikmati menu - menu lain yang ditawarkan di Toko Daging.Kepada pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toko Daging anda bolehlah menghubungi Pengurus Toko Daging,Saudara Mohd Awet di FB beliau Awet Lukman Chin atau layari Page Rasmi Facebook Toko Daging.

TOKO DAGING - THE MEET THE GRILL

OPERATION HOURS
ISNIN - AHAD
7.00 MALAM  - 11.00 MALAM

ADDRESS
TAMAN MAWAR,LORONG MAWAR 2,
KAMPUNG GITA,93050 PETRA JAYA,
KUCHING,SARAWAK.

PAGE RASMI FACEBOOK

>>>>>  TOKO DAGING <<<<<


#SupportOurLocalProduct

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: