Monday, March 12, 2018

PENTINGNYA KESEDARAN TENTANG SUKATAN GULA DALAM MAKANAN-MAKANAN KOMERSIAL MASA KINI.

PENTINGNYA KESEDARAN TENTANG SUKATAN GULA DALAM MAKANAN-MAKANAN KOMERSIAL MASA KINI.

Gula sememangnya manis dan menyedapkan rasa dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari lebih lebih lagi dalam makanan komersial yang banyak dijual di pasaran,kedai runcit dan di mana sahaja pada masa sekarang.

Namun ramai dari kita yang tidak menyedari bahawa kandungan gula yang berlebihan dalam makanan yang kita ambil sekiranya tidak dikawal dengan bijak dan betul boleh mendatangkan masalah kesihatan malah boleh mengancam nya kita sehingga menyebab kesihatan.

Kebanyakan dari kita sekarang lebih mementingkan keenakan dan kelazatan makanan tanpa ada kesedaran untuk mengetahui kandungan dalam makanan yang kita kunyah dan makan.Kita juga sering mengabaikan diet pemakanan yang seimbang seperti mana yang dicadangkan dalam piramid makanan.

Selain itu, ramai yang tidak tahu jumlah penggunaan gula dalam makanan harian kita sehingga ramai yang terjerumus dalam masalah kesihatan yang serius.

Jadi,dalam perkongsian kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk bersama sama memikirkan kembali dalam pengambilan makanan harian kita bermula dengan mengetahui serba sedikit tentang sukatan gula dalam makanan makanan komersial yang selalu kita ambil pada setiap hari.

Mungkin ramai yang akan terkejut dengan gambar gambar yang terpapar yang mana menunjukkan jumlah penggunaan gula mengikut produk produk yang banyak terjual yang ternyata sebahagian besarnya melebihi saranan pengambilan yang sepatutnya atau pun dengan kata lain melebihi dari keperluan tubuh badan.

Memang tidak dinafikan gula juga penting sebagai sumber karbohidrat yang memberikan tubuh badan kita tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.Namun begitu pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan karbohidrat yang lebih akan disimpan menjadi lemak dan kolestrol dalam tubuh badan dan ini akan menjadi punca masalah kesihatan seperti serangan jantung,kencing manis dan darah tinggi.

Jika dilihat dalam setiap gambar gambar kebanyakan makanan tersebut hanyalah berasaskan gula semata mata dan tidak hairan sekiranya pengambilan berterusan akan menyebabkan masalah kenaikan berat badan dan obesiti.

Amatlah penting dalam mengawal pengambilan gula dalam kehidupan seharian dan mengambil dalam sukatan yang tertentu.Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu selain menggerakkan kesedaran dalam pengambilan makanan kita dalam seharian.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: