FESTIVAL LAYANG - LAYANG DI TANJUNG KEMBANG,KABONG 2018 MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI.
Tanjung Kembang di Kabong, Sarawak baru-baru ini menjadi tumpuan apabika ianya dipilih sebagai lokasi untuk satu lagi acara berprestij yang turut disertai oleh peserta peringkat antarabangsa iaitu Festival layang-layang Kabong 2018.
Acara ini telah berlangsung pada 10 sehingga 11 Mac 2018 hari Sabtu dan Ahad yang lalu.
Festival pada tahun ini telah berjaya menarik penyertaan dari 11 buah negara termasuk Malaysia yang diwakili oleh peserta dari 4 buah negeri.Negara-negara yang terlibat dalam festival tahun ini adalah Australia,Austria,Brunei,China,Indonesia,Thailand,Scotland, Afrika Selatan, Ukraine,Singapore dan Malaysia yang diwakili oleh peserta dari Negeri Johor,Kelantan,Terengganu dan Sarawak sendiri.
Selain dari layang layang terdapat program-program lain yang diaturkan untuk pengunjung pengujung yang datang dari pelbagai negara dan tempat seperti Gathering 4x4 atau Kelab kereta 4WD yang mempamerkan kereta kereta khas untuk acara Off-Road. Selain itu.terdapat juga jualan jualan minuman dan makanan di gerai gerai yang dibuka di kawasan sekitar pantai.
Secara keseluruhan Festival yang seumpama ini juga turut menaikkan nama Kabong dalam membantu membangunkan Kabong sebagai lokasi pelancongan dan perekonomian yang maju pada masa akan datang.
Kredit Gambar : Fb Shamarizane Sazali
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment