Sunday, March 18, 2018

SHOWCASE SILAT BERHIJRAH 2018 DI MYDIN PETRAJAYA KUCHING,SARAWAK



SHOWCASE SILAT BERHIJRAH 2018 DI MYDIN PETRAJAYA KUCHING,SARAWAK

Semalam telah berlangsung Program Showcase Silat Berhijrah di Mydin Petrajaya Kuching Sarawak yang dianjurkan oleh Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi ( Kunto ).

Program tersebut turut disertai oleh dua lagi perguruan silat dari Kuching Sarawak iaitu Perguruan Seni Silat Gajah Ma'rifat Beladiri dan Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh sebagai jemputan.

Program dimulai dengan persembahan silat dari Pesilat-pesilat dari Pukulan
Pendekar Tujuh diikuti oleh Persembahan dari Pesilat-pesilat Perguruan Seni Silat Gajah Ma'rifat  Beladiri.

Persembahan Dari Pesilat Pesilat dari Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi mengakhiri persembahan pada program semalam sebelum persembahan tutup gelanggang diadakan sebagai penutup program.

Jelas Guru Muda Silat Gerak Kuntau Betawi, Guru Haspan Junaidi ,Program pada malam semalam mencapai Objektif di mana program sebegini sebagai pengenalan dan pendedahan tentang keindahan warisan pusaka temurun dari orang orang yang terdahulu selain ianya menjadi pengisian asas disiplin dikalangan anak anak muda agar tidak terlibat dalam kegiatan yang sia sia dan tidak bermoral.

Selain itu juga program sebegini juga dapat merapatkan sillaturrahim antara perguruan yang sedia ada. InshaAllah.

Semoga akan lebih banyak program sebegini akan diadakan pada masa akan datang.

Rindok nangga anak anak kita pandai berseni dan bersilat.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my







































No comments: