BUKAN APA YANG KITA ADA, TAPI APA YANG KITA RASA
Hikmah mampu datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Cobaan dan dugaan juga boleh muncul dan datang dalam pelbagai cara. Namun diri kita apakah siap untuk menelan dan menghadapi kehidupan yang berjalan dalam pelbagai rasa dan peristiwa ?
Kebelakangan ini banyak sekali memberikan satu renungan dan pelajaran yang sangat bermakna terutama pada hari ini.
Bermula kerana keadaan kereta hampir rosak. Kemudian saya ke tempat kerja menggunakan motosikal ke tempat kerja. Bukan sebarang motor ok. Namapun legenda. Jadi,memang legend.Member baik saya semenjak saya berkhidmat di Johor Bahru dulu.
Ok,perjalanan ke tempat kerja sepanjang saya di atas motor perasaan saya bercampur campur antara pemikiran saya yang memikirkan tentang macam mana plan selepas ni dan juga suatu perasaan girang menaiki motosikal.
Girang ? Kenapa girang?
Saya teringat semasa kehidupan saya di Johor pada masa yang lepas bagaimana saya memulakan kehidupan saya hanya ke mana mana dengan motor ini yang memberikan saya pelbagai perjalanan hidup saya.Siang malam dan saya yang tinggal berseorangan dan jauh dari keluarga dan kehidupan saya serba sederhana ketika itu. Satu persatu kenangan dan ingatan memori itu muncul satu persatu membuatkan saya senyum dan mengalir perlahan dalam diri saya pada ketika itu.
Sepanjang perjalanan itu juga saya merasakan nyaman nya angin dan luasnya sekeliling membuatkan saya merasakan satu kebebasan yang mengembirakan.Entahlah, secara automatis perasaan itu datang seperti titis titis air yang membasahi lapangan hati yang sekian lama kering kontang. Umpama menyambut musim hujan setelah kemarau panjang. Gitu.hehehehe.
Menyusuri jalan sepanjang perjalanan pada hari ini juga seolah menagih saya untuk memulakan kembali perjalanan perjalanan yang tertinggal seperti pada suatu masa dahulu. Seperti mana saya pada suatu ketika dahulu menjadi pengembara yang tiada tujuan dan saya akan pergi ke mana saja saya ingin pergi dan singgah sepanjang perjalanan. Mahupun dalam Kuching dan bandarnya atau ke luar dan jauh dari itu. Pada masa itu, di mana mana sahaja boleh menjadi persinggahan saya sambil saya menikmati suasana di tempat tersebut. Saya memberikan beberapa nama kepada perjalanan saya itu seperti " random driving" dan "Daerah Tiada Bernama" atau "Unnamed District ". Sepanjang perjalanan tersebut, banyak yang saya dapat nikmati selain mengumpul ilham ilham dan karya karya yang tak diduga.Menulis,Doodling,Foto-foto,Makan makan dan macam macam lagi bersatu dalam satu pengalaman dan perasaan yang sangat menyenangkan dan penuh makna.
Saya pun agak pelik, saya tak stress dan kesal atau apa pun.Malah saya telah ditemukan dengan suatu perasaan atau mungkin juga kesedaran tentang sesuatu yang saya pelajari.Mungkin juga ianya satu bentuk penerimaan dan juga kesyukuran ? atau mungkin ianya juga satu bentuk penghayatan yang mendalam ? Siapa tahu.Tapi hari ini hari yang menyenangkan.
Sesetengah mungkin bingung,tertekan dan stress bila kereta yang hampir rosak dan tidak dapat digunakan dan terpaksa menggunakan motosikal bergerak.Namun saya memutuskan untuk memikirkan itu kemudian nanti. Pasti ada penyelesaian nya kan? Hari ini saya ingin menikmati apa yang saya kembali rasakan setelah lama menghilang.Saya tak juga menganggap ianya satu bentuk distraction atau menafikan kenyataan masalah yang sedang berlakut ataupun cuba lari atau tidak memikirkan masalah. Chill okay.
Hari ini saya merasakan hati saya,dada saya terbentang luas dan kehidupan yang saya tidak nampak dan tersimpan dalam gelap kembali terang.
InshaAllah,lebih banyak perjalanan yang akan saya singgahi pada masa yang bakal datang.Karya saya yang banyak terbengkalai akan kembali hidup.
09032018,Jumaat.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment