JAMBATAN DARUL HANA KUCHING SARAWAK PADA MALAM AMBANG HARI KRISMAS 2017
Semalam saya sempat berkunjung ke Jambatan Darul Hana untuk menikmati pemandangan Bandaraya Kuching Sarawak di waktu malam. Semestinya pemamdangan Kuching yang sangat indah dan damai yang dapat kita lihat dari Jambatan Darul Hana ini.
Semenjak perasmian Jambatan Darul Hana ini dirasmikan pada 11 November 2017 (11.11.2017) yang lepas, Jambatan Darul Hana menjadi tumpuan orang awam yang ingin merasai pengalamam menaiki jambatan yang merentas Sungai Sarawak di tengah kota tersebut.
Begitu malam semalam di mana ramai yang tidak melepaskan peluang berkunjung ke Waterfront Kuching untuk menaiki Jambatan Darul Hana pada ambang Hari Krismas untuk tahun 2017.
Pemandangan Bandar Kuching yang sangat indah dapat kita lihat dan nikmati dari Jambatan Darul Hana ini dengan kesan cahaya lampu yang menghiasi seluruh pemandangan Kota Kuching.
Pada Ambang Hari Krismas dalam tadi ramai pengunjung yang datang membawa ahli keluarga,rakan sahabat dan juga pasangan masing masing.
Namun adalah diingatkan pada pengalaman saya sendiri, Jambatan ini agak bergoyang dan berayun ketika mana pengunjung tengah ramai di atas jambatan.Walaubagaimanapun Jambatannya adalah kukuh memandangkan rekaan Jambatan itu sendiri seolah olah Jambatan gantung.
Sepanjang berjalan di atas Jambatan Darul ini pelbagai reaksi yang saya dapat lihat dari orang ramai yang berkunjung.Pastinya orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di atas Jambatan Darul Hana yang juga merupakan satu tarikan di Jambatan tersebut.
Penganut agama Kristen akan menyambut Merry Christmas atau Hari Natal.Saya juga ingin mengucapkan Merry Christmas kepada yang merayakan terutama kepada para Sahabat dan kenalan saya yang merayakan.
Merry Christmas and Happy New Year
25.12.2017
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment