Monday, August 10, 2015

BIODATA DAN GAMBAR - GAMBAR JANNA NICK YANG MEMBUATKAN ANDA CAIR

  

Biodata dan Gambar - Gambar Janna Nick. Nama Janna Nick semakin menjadi sebutan dan perbualan ramai semenjak bermulanya Drama Syurga Nur di Slot Akasia di TV3.Tidak kurang kepada media - media yang mencari maklumat dan informasi berkenaan dengan artis yang mempunyak wajah keanak - anakan dan "babyface" selain kecantikan dan keanggunannya yang mempersonakan.

Nama artis ini juga semakin meningkat dan popular saban hari apabila ramai tertarik dengan bakat lakonannya yang membawa watak NUR dengan sangat berkesan dalam Drama Syurga Nur di Slot Akasia TV3.Pasti ramai penonton yang terkesan diikuti dengan pelbagai reaksi semasa menonton siaran ini,kan ?

Drama Syurga Nur dikatakan antara Drama dari Slot Akasia TV3 yang mendapat rating yang tinggi sekaligus menaikkan nama dan populariti Janna Nick dalam  bidang lakonan dan perfileman.

BIODATA JANNA NICK

Janna Nick yang kini berusia 20 tahun, lahir pada tahun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai, 

Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

Antara drama yang pernah dilakonkan Janna Nick adalah Jodoh, Tonton Anak Ke-5, HidayahMu Ramadhan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jual Kain dan yang terbaru Syurga Nur. 

Janna Nick juga pernah berlakon dalam dua telefilem iaitu Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9) dan sebuah muzik video bertajuk Mikraj Cinta.

Untuk peminat yang ingin mengenali dan mendekati Janna Nick bolehlah mengikuti akaun Instagram dan Twitter beliau  di sini ; INSTAGRAM, TWITTER,

 GAMBAR - GAMBAR JANNA NICK

 



  





















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blospot.com




No comments: