REKAAN UNIK KOLAM TERGANTUNG YANG PERTAMA DI DUNIA AKAN DIBINA DI LONDON,ENGLAND . Pernahkah anda terfikir bagaimana perasaannya ketika mandi di sebuah kolam yang tergantung di atas ketinggian 115 kaki di atas udara ataupun bersamaan dengan 10 tingkat bangunan dan kolam tersebut diletakkan tergantung dengan menghubungkan dua bangunan ? mungkin bunyinya agak diluar diluar logik,bukan ? tetapi itulah rekaan kolam yang akan di bina oleh sebuah pemaju Ballymore di sebuah kawasan kediaman apartment mewah di Kota London,England pada masa akan datang.
"Pertama seumpanya di dunia ".Itulah ungkapan yang boleh dijelaskan apabila kolam itu akan dibina dengan menghubungkan dua buah bangunan apartment mewah di kawasan di Embassy Garden Development dengan membina kolam dari kaca setebal 8 Inci yang akan memberikan pengalaman dan pemandangan yang sangat unik kepada perenang kolam itu nanti.
Perenang akan merasa pengalaman terapung setinggi 115 kaki di atas banguanan 10 tingkat sambil menikmati pemandangan Kota London England dari kolam renang itu apabila siap menjadikan kolam tersebut adalah rekaan yang pertama seumpamanya dibina dalam sejarah kejuruteraan rekaan binaan kolam .
Kolam ini telah direka oleh firma kejuruteraan Arup Associates dengan nasihat pakar dari jurutera reka bentuk laut Eckersley O 'Callaghan dan pereka akuarium Reynolds.Kolam renang akan membolehkan perenang untuk berenang antara kedua-dua bangunan pangsapuri mewah, yang kedua-duanya dihiasi pemandangan langit luas sambil terdapat struktur yang lain seperti bar, spa, dan pemandangan dramatik Istana Westminster sebagai antara tarikan pengunjung ke kolam itu nanti.
Struktur yang dicadangkan adalah 82 kaki panjang, 16,4 kaki lebar, dan hampir 10 kaki dalam, dan telah dimodelkan selepas akuarium.
"Wawasan saya untuk kolam langit berpunca dari keinginan untuk menolak sempadan dalam keupayaan pembinaan dan kejuruteraan, saya mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ballymore, Sean Mulryan. "Pengalaman kolam renang akan menjadi benar-benar unik, ia akan berasa seperti terapung di udara di pusat bandar London."
Malangnya, tidak semua orang akan mempunyai peluang untuk berenang di kolam ini yang terletak di Kedutaan Gardens melainkan anda seorang yang mampu mengeluarkan kos pembelian pangsapuri mewah pada harga £ 602,000 (USD $ 944,000).
Pembangunan Kedutaan Gardens dijangka siap pada tahun 2017.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment