Thursday, August 27, 2015

VESTER LEE FLANAGAN MENEMBAK WARTAWAN WDBJ,ALISON PARKER DAN ADAM WARD SAMPAI MATI

VESTER LEE FLANAGAN MENEMBAK WARTAWAN WDBJ,ALISON PARKER DAN ADAM WARD SAMPAI MATI.Baru - baru ini telah terjadi satu lagi siri pembunuhan kejam kejam yang meragut nyawa Alison Parker, 24, dan Adam Ward, 27, ditembak mati semasa rakaman siaran langsung di WDBJ,salah satu stesen televisyen di Amerika Syarikat.



Lelaki bersenjata yang dipercayai penembak dikenali sebagai Vester Lee Flanagan. Pejabat Augusta County Sheriff telah mengeluarkan kenyataan untuk memburu dan  mencari
Vester Lee Flanagan berhubung dengan satu rakaman yang dimuatnaik oleh beliau di laman tweeter beliau yang dikaitkan dengan kes tembak dan bunuh wartawan dari WDBJ tersebut. Flanagan merupakan bekas kakitangan di stesen TV dan digambarkan sebagai "orang penting" di Stesen TVDalam perkembangan terkini,sebuah rakaman yang mengejutkan telah muncul ddan menjadi viral di laman sosial dan  rakaman tersebut seolah - olah menggambarkan perspektif lelaki bersenjata tersebut Vester Lee Flanagan di semasa kejadian di menembak wartawan tersebut.  




Dalam tweet, Flanagan, yang dikenali sebagai Bryce Williams di stesen tempat dia bekerja sebelum ini,
Vester Lee Flanagan membayangkan kemungkinan motif untuk menembak wartawan tersebut. Beliau menyebut untuk memfailkan aduan kepada Equal Employment Opportunity Commission dan mendakwa mangsa yang ditembak telah membuat komen perkauman. "They hired her after that???" ke dalam tweet beliau.
  
Vester Lee Flanagan yang berang dengan tindakan itu nekad untuk melakukan tembakan tersebut semasa rakaman sedang dijalankan secara langsung.

 Vester Lee Flanagan yang merupakan lelaki bersenjata yang disyaki bagaimanapun dikatakan telah membunuh dirinya di lokasi I-66, lebuh raya antara negeri, dalam Fauquier County,Amerika Syarikat Polis negeri telah disebutkan oleh WDBJ7 TV sebagai berkata. 

berikut adalah video dari perspektif penembak, Vester Lee Flanagan yang dimuat naik beliau dalam tweet beliau.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.,blogspot.com

No comments: