PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KE PANTAI TEBUNG,PULAU SERASAN.
Seingat saya kali terakhir saya balik ke Kampung halaman ayah saya semenjak lebih kurang 9 tahun yang lalu saya tak pernah lagi menjejak ke Pantai Tebung ini.Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke Pantai tebung ini.Semenjak saya samapi di Pulau Serasan,saudara kazen mazen dan ibunda - ibunda saya selalu bercerita kepada tempat yang indah dan cantik ini sebagai lokasi santai - santai hujung minggu untuk penduduk Pulau Serasan di hujung minggu.
KE PANTAI TEBUNG,PULAU SERASAN
Sempena hujung minggu dan menyambut kedatangan kami ke Pulau Serasan,Kazen - kazen saya telah mengaturkan satu trip ke Pantak Tebung untuk menikmati pemandangan indah di Pantai yang dikhabarkan antara pantai yang tercantik di Pulau Serasan.Trip kali ini hanya terdiri dari kazen - kazen sahaja memandangkan para ibu - ibu dan bapa - bapa kami sedang sibuk membuat persiapan bagi Majlis Perkahwinan Saudara saya Erita yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Trip kami ke Pantai tebung dengan menaiki motosikal memandangkan motosikal adalah antara pengangkutan yang paling mudah di Pulau Serasan.
Kami berangkat menjelang kira - kira pada pukul 11.00 pagi setelah semua persiapan dibuat dan ahli - ahli jemaah trip ke Pantai Tebung siap - siap berkumpul kemudian kami berangkat beramai - ramai menuju ke Pantai Tebung.
Menariknya Pulau Serasan kerana pemandangan dan suasana semulajadinya yang menghijaukan.Saya menyaksikan suatu pemandangan yang tulen dan mendamaikan hati.Best kan ? apabila bercuti di tengah - tengah lautan dan di Pulau.Udaranya bening dan bersih.. tak ada jerebu dan pencemaran.
Ini adalah antara salah satu laluan menuju ke Pantai Tebung.Kami akan melalui kawasan ke pantai Sisi dulu sebelum memasuki laluan ke Pantai Tebung.
Wajah - wajah rider kental yang menuju ke Pantai Tebung.Cuaca yang jenih dan cerah pada masa itu memang sporting.
PANTAI TEBUNG,PULAU SERASAN,NATUNA,INDONESIA
Akhirnya selepas perjalanan yang panjang sebenarnya 30 Minit je pun dari Kampung Ayah saya iaitu Kampung Pelimpa,Pulau Serasan.. kami sampai juga ke lokasi yang ditujui....Pertama kali sampai di Pantai Tebung memang tidak dinafikan ianya merupakan antara pemandangan indah yang saya pernah lihat dengan air laut nya yang biru dan jernih serta pemandangan langitnya yang cantik.Sememangnya pemandangan yang mempesonakan mata.
Saya nak cuba photoshot dulu macam mana..model anak - anak ni sebenarnya dua daripada anak saudara saya di Pulau Serasan.Biarkan Gambar berbicara.. ngeee...
Sebahagian dari tanda kedatangan yang dibuat oleh salah satu pelajar sekolah yang pernah melawat Pulau Serasan.Mereka mengabadikan kenangan mereka dengan membuat tanda peringatan ini.
Pemandangan yang dari atas batu menunjukkan kejertnihan air dan keindahan pemandangan Pantai tebung dari keluk teluk nya yang menghamparkan pantai yang landai dan indah ini.
Jemaah trip ke Pantai Tebung Pulau Serasan yang terdiri dari kazen mazen dan anak - anak saudara saya.
Bestkan kalau dapat duduk lama - lama menikmati pemandangan yang menenangkan sambil bersantai - santai menjamu jiwa dengan ketenangan pemandangan pantai yang sebegini......
No comments:
Post a Comment