PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PELABUHAN SETELUNG DAN PELABUHAN PELIMPAK,PULAU SERASAN . Hari yang terbaik untuk menyantai - nyantai. memandangkan kerja persiapan majlis perkahwinan untuk kak saudara saya pun tengah melabuhkan tirainya.Hari ini saya relak dan bersantai sahaja.Memandangkan hari ini free saya memutuskan untuk membuat threesixty ke kawasan berdekatan sahaja bersama dengan saudara saya,Deki Purnamawan.
Threesixty untuk hari ini adalah dari Pelabuhan Tanjung Setelung Ke Pelabuhan Pelimpa.
PELABUHAN TANJUNG SETELUNG,PULAU SERASAN
Sekiranya anda masih ingat pada post saya yang lepas,kat sinilah pelabuhan yang kami naiki semasa pertama kali sampai di Pulau Serasan.Boleh dikatakan di sini lah pintu masuk ke Pulau Serasan sebagai Port Utama kapal - kapal yang datang dari tempat - tempat yang lain disamping sebagai tempat memunggah kargo atau barangan - barangan yang lain.
DI Pelabuhan ini juga tempat aktiviti memunggah dan menurunkan barang atau kargo dari kapal yang merupakan keperluan penduduk di seluruh Pulau Serasan ini.
Air laut yang menghijau sangatlah jernih sehingga boleh nampak apa yang dalam air.
Inilah antara hidupan batu karang yang boleh dilihat di Pulau Serasan.Selainitu tedapat juga tempat tempat - tempat lain yang mempunyai hidupan karang yang cantik - cantik untuk dilihat.
Pelabuhan ini baru dan sedang dalam pembinaan.Pelabuhan ini dibina untuk memudahkan kapal - kapal besar seperti KAPAL BUKIT RAYA untuk merapat ke Pelabuhan berbanding dengan keadaan sekarang di mana kapal Besar seperti Kapal Bukit Raya terpaksa menunggu di Muara dan terpaksa menurunkan pemunpang ke motor kayu yang kecil untuk di turunkan di Pelabuhan Tanjung Setelung ini.
Kapal yang menghantar keperluan akan selalu datang ke Pulau Serasan untuk menghantar barangan keperluan di Pulau Serasan termasuk bahan binaan,makanan dan sebagainya.
Setelah selesai memunggkahkan muatan di Pulau Serasan kapal akan berangkat pulang ataupun menuju ke destinasi persinggahan yang seterusnya.
SELAMAT DATANG DI KECAMATAN SERASAN
Ucapan Selamat datang yang menyambut kehadiran pengunjung yang datang ke Pulau Serasan.Ianya merupakan satu pintu gerbang yang terletak di Pelabuhan Tanjung Setelung sebagai mengalu - alukan kedatangan anda ke Pulau Serasan.
Sebahagian aktiviti yang dijalankan di Pelabuhan Tanjung Setelung yang merupakan pusat pemunggahan barang keperluan seluruh penduduk Pulau Serasan.
BERGERAK KE PELABUHAN PELIMPA DARI TANJUNG SETELUNG.
Sebenarnya nya bagitau yang rumah kuning ni adalah rumah saudara saya juga Ericha Purwanita.Lawakan?
Seterusnya adalah pemandangan dan gambar bangunan - bangunan yang menyediakan perkhidmatan seperti pejabat pos.
Pemandangan masjid di Kampung Pelimpa Pulau Serasan.
Tugu yang terletak di Persimpangan Jalan Menuju ke Pelabuhan Pelimpa,Pulau Serasan.
Untuk maklumat anda,kawasan sepanjang jalan menuju ke Pelabuhan Pelimpa ini turut juga dikenali sebagai Pelimpa laut.Di sini terdapat rumah - rumah kedai yang menjual pelbagai barangan runcit dan juga terdapat warung - warung untuk bersantai dan ngobrol dan nongkrong.
Memasuki kawasan pelabuhan.iar Laut ketika itu tenang dan dari jauh anda boleh melihat bangkai kapal - kapal lama membuatkan pemandangan yang menarik dan dramatis... hehe
Kalau anda melihat bangunan yang berbumbung merah itu adalah pasar ikan Serasan yang merupakan tempat orang berjual hasil - hasil laut kepada pengunjung dan pembeli.
Suatu pemandangan menarik yang dapat di lihat sepanjang berada di pelabuhan Pelimpa memberikan suasana perkampungan yang menenangkan.
PELABUAHAN PELIMPA,PULAU SERASAN
Pelabuhan Pelimpa ini merupakan pelabuhan yang kedua paling penting bagi penduduk di seluruh Pulau Serasan memandangkan ianya merupakan pelabuhan kedua untuk memunggah muatan kargo yang terdiri daari pelbagai barangan keperluan penduduk Pulau Serasan.
Sebagaian daripada pemandangan dermaga tua di Pelabuhan Pelimpa ini yang merupakan panorama sekian lama di Pelabuhan Pelimpa Pulau Serasan ini.
Nak Promote sikit.. yang ini kuda gagah kami untuk threesixty hari ini.
Motor yang menghubungkan Pulau Serasan dengan pulau - pulau kecil yang terdapat di Sekitar Pulau Serasan.Sebahagaian dari anak - anak mereka bersekolah di Pelimpa Pulau Serasan.
Menurut makluman penduduk tempatan motor ini menghantar anak - anak ke sekolah setiap hari.
Hari yang sangat mendamaikan..sambil menikmati pemandangan Pelabuhan - pelabuhan yang menenangkan..
<<< SEBELUMNYA
SETERUSNYA >>>
MAHA SUCI ALLAH YANGMENJADIKAN SEGALA KEINDAHAN
AZLAN RUMADI
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment