Friday, August 28, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PENYEDIAAN MAKANAN DAN HIDANGAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PENYEDIAAN MAKANAN DAN HIDANGAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN Hari majlis untuk perkahwinan semakin menghampiri dan pelbagai persiapan dan persediaan dilakukan oleh ramai pihakyang terlibat yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan taulan yang datang dari pelbagai tempat untuk membantu dalam kerja dan bergotomg royong menyiapkan apa yang perlu untuk memastikan semua nya berjalan lancar sehingga ke majlis perkahwinan dilangsungkan.

Menu merupakan bahagian yang paling penting dalam setiap majlis yang dilangsungkan.Menu makanan yang juga adalah antara yang paling utama dalam setiap majlis.Selain itu,memastikanb makanan yang dihidangkan mencukupi juga sangat perlu bagi memastikan tetamu dan hadirin yang menghadirkan diri di majlis perkahwinan dapat menjamu selera dan tidak keluar dengan perut kosong.

Sama juga seperti yang dilakukan sepanjang persiapan untuk hari perkahwinan di Pulau Serasan, Indonesia ini.Pelbagai jenis masakan dan hidangan dipersiapkan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Namun apa yang penting adalah setiap hidangan tersebut adalah sebagai rasa syukur atas perkahwinan antara dua pihak yang menyatu.Untuk menzahirkan rasa syukur tersebut adalah dengan memberi makanan kepada orang sekeliling kita.





Sebahagian dari kerja menyiang ikan yanga kan dimasak dan digunakan semasa majlis nanti.





















Proses membuat Nasi Bubur Halba.


Kebiasaannya kerja - kerja membuat persiapan untuk majlis ini akan dilanjutkan sehingga malam bagi memastikan makanan adalah mencukupi untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.








KERJA ! KERJA ! KERJA ! HEHHE

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com








No comments: