Salam #sehatisejiwa
Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga berkunjung ke Jun Rong Taman Sukma nak membeli beberapa barangan keperluan di sana.Tetiba,sampai kat satu sudut saya nampak ramai orang berbaris - baris panjang.
Rupa - rupanya mereka yang berbaris panjang ni nak membeli ais krim gula apong.
DP AISKRIM GULA APONG
Mereka kini telah pun membuka cawangan mereka di Hypermarket Jun Rong Taman Sukma Kuching Sarawak.Jika sebelum ini peminat ais krim gula apong terpaksa ke bandaraya untuk membeli sekarang tidak perlu lagi kerana di sini juga telahpun menjual aiskrim gula apong yang setanding ais krim yang lain.
DP AIS KRIM GULA APONG menawarkan dua saiz mengikut citarasa pelanggan.Terdapat saiz mangkuk dan saiz cawan.
PILIIHAN SAIZ AIS KRIM GULA APONG
Saiz Cawan/Cup di jual dengan harga RM2.00
Saiz Mangkuk di jual dengan harga RM5.00
Keenakan ais krim gula apong semakin menjadi kegilaan dan semakin merebak ke seluruh kawasan Kuching.Malah ada pelanggan yang sanggup berdiri dan berbaris panjang untuk mendapatkan ais krim yang diminati ramai ini.
Semasa saya sampai di Jun Rong Taman Sukma,Perkara yang sama berlaku di mana pelanggan berbaris panjang dan menunggu untuk membeli ais krim gula apong di Dp Ais Krim Gula Apong
Selain dari itu juga apa yang saya ingin highlight kan Ais Krim Gula Apong ini hanya terdapat di Sarawak dan keunikkan rasanya menyebabkan pelanggan terasa ingin menikmatinya berkali kali.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment