Monday, August 17, 2015

AUTOSHOW SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2015 DI TEBINGAN SUNGAI KUCHING,SARAWAK



 AUTOSHOW SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2015 DI TEBINGAN SUNGAI KUCHING,SARAWAK . Semalam saya sempat berkunjung ke Hari Koperasi Negara yang memilih bandaraya Kuching sebagai lokasi untuk Hari Koperasi Negara untuk tahun 2015.Tapak Sambutan Hari Koperasi di Bandar Kuching pada tahun ini adalah Waterfront Kuching ataupun Tebingan Sungai Sarawak Pusat bandar Kuching,Sarawak.

Terdapat pelbagai program - program dan acara yang dilangsungkan sepanjang hari Sambutan Hari Koperasi Negara tahun 2015 ini.Terdapat pameran - pameran dan jualan - jualan yang disertai dan dihadiri oleh pelbagai pihak dari seluruh pelusuk tanah air.Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dengan membawa keluarga,sanak - saudara dan sahabat handai untuk beramai - ramai ke tapak sambutan untuk sama - sama memeriahkan Sambutan hari Koperasi negara 2015.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk bersama - sama menyertai program - program yang dijalankan oleh pihak pengunjung di samping menyaksikan pelbagai program menarik dan segment - segment tertentu yang dikhaskan untuk pengunjung.

AUTOSHOW SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2015 DI TEBINGAN SUNGAI KUCHING,SARAWAK  

Belia - belia dan remaja - remaja adalah antara mereka yang turut menyertai dengan mengambil bahagian tertentu dalam Sambutan Hari koperasi negara 2015 ini.Antara salah satu acara yang disediakan oleh penganjur untuk golongan belia dan remaja adalah autoshow Sempena hari koperasi Negara 2015 yang kebanyakannya adalah disertai oleh peminat perhiasan aksesori dan teknologi sukan permotoran terutama peminat motosikal. 


Autoshow Sempena Hari Koperasi Negara 2015 kali ini berjaya mengumpul penyertaan golongan belia dan remaja dari seluruh pelusuk Bahagian Kuching Sarawak yang terdiri dari pelbagai kategori motor dan jenama motor.Autoshow yang diadakan oleh pihak penganjur ini memberi peluang kepada golongan remaja untuk memperlihatkan kreativiti dan inovatif dalam bidang aksesori motosikal disamping ianya menjadi tempat mereka mencurahkan bakat - bakat dalam sudut rekaan dan idea - idea tertentu yang mungkin boleh diketengahkan dalam membntu pembangunan sektor permotoran.


Selain dari itu Autoshow Sempena haari Koperasi Negara 2015 ini secara tidak langsung menarik minat remaja dan belia untuk terlibat dalam unsur - unsur negatif seperti lumba haram ataupun rempit dengan menyemai kesedaran untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti menyertai autoshow di sini sambil menggilap bakat - bakat terpendam dan menggalakkan kreativiti dan bukannya terlibat dengan unsur - unsur yang tidak sihat .


Autoshow Sempena Hari Koperasi Negara 2015 di Tebingan Kuching berlangsung dari jam 12 Tengahari Sehingga Pukul 6.00 petang pada 16 Ogos 2015.Autoshow ini juga berjaya mencuri perhatian para pengujung yang tidak terlepas peluang melihat rekaan kretif motosikal yang dipersembahkan sepanjang acara.

Autoshow Sempena hari Koperasi Negara 2015 juga menawarkan hadiah - hadiah yang menarik untuk pada peserta dans ecara tidak langsung sebagai galakkan kepada mereka yang lain untuk sama - sama mengambil bahagian di masa akan datang.


Autoshow Sempena hari Koperasi Negara 2015 berjaya mengumpulkan ramai perserta yang terdiri dari pelbagai pihak mahupun secara individu dan berkumpulan.Para Peserta dengan bersungguh - sungguh mempersembahkan rekaan terbaik mereka dengan harapan memenangi hadiah yang ditawarkan.

Namun menurut salah seorang perserta bukanlah hadiah yang diutamakan,apa yang penting penganjuran autoshow yang diadakan adalah medium tempat mereka mencurah dan mempersembahkan hasil karya dan kreativi  mereka dan mereka mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan dengan hasil yang mengagumkan.

Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pihak penganjur dan berharap akan lebih banyak lagi penganjuran autoshow seperti ini akan diadakan oleh pihak - pihak yang tertentu.

Autoshow Sempena hari Koperasi Negara 2015 kali ini disertai pelbagai jenis kategori motor antaranya Scooter,kapcai,klasik dan pelbagi jenis lagi motor yang lain.

Saksikan beberapa hasil karya terbaik ari peserta Autoshow Sempenan Hari Koperasi Negara 2015 yang sempat saya ambil pada hari acara dilangsungkan.

















































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




No comments: