Wednesday, August 19, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : DARI PANTAI TEBUNG KE GUA DI JEMBALIK,PULAU SERASAN



PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : KE GUA DI JEMBALIK DAN PERJALANAN . Selepas puas menyantaikan diri di Pantai Tebung,Pulau Serasan. Kami Seterusnya bergerak ke satu lagi lokasi yang boleh dikatakan antara daya tarikan di Pulau Serasan iatu ke sebuah gua yang terletak di tepi pantai di Daerah Jembalik.Kami bergerak selepas tengahari.Perjalanan akan mengambil masa kira kira 30 - 45 minit dari Pantai Tebung.



KEJAP ! KEJAP ! tarik nafas dalam dalam  dulu... hembus pelahan - pelahan... hmmmmmm... rasa macam tak puas je nak stay kat sini.. tak pe.....masa masih panjang........ ada masa lagi nak pergi sini..... relak k....







PERJALANAN KE GUA DI JEMBALIK,PULAU SERASAN

Rombongan Jemaah kami memulakan perjalanan ke Gua di Jembalik,Pulau Serasan meninggalkan Pantai Tebung pada tengahari yang cerah dan panas itu.


Pejalanan ke Gua di Jembalik,Pulau Serasan membawa kami melalui pemandangan indah di Pantai Sisi yang  mana antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membuat aktiviti di masa - masa terluang terutama hujung minggu.......




Denai dan beting yang menghasilkan pemandangan yang cantik.. semua cantik lah.....



Untuk pengetahuan semua,denai ini merupakan pertembungan antara air laut yang masin dan air dari darat yang merupakan air tawar.Kebanyakan mereka yang mandi di pantai akan mandi di sini selepas naik dari air pantai untuk membilas diri dengan air tawar di denai ini.


Perjalanan kami diteruskan  ke Gua di Jembalik.



Steady Abang Long Firdaus kita ini merupakan antara Ketua pemandu perjalanan kami pada hari itu.


Sesampai di satu simpang kami mula memasuki satu kawasan jalan kecil yang membawa kami ke Daerah Jembalik.Maknanya dah dekat nak sampai dah tu..



Akhirnya sampai juga di salah satu kampung di Jembalik yang menyambut kedatangan kami.. secara suasana kampung yang tenang.Terasa di kampung halaman di Betong Sarawak.,.cuma persekitaran je lain sikit...





Setelah melalui jalan simen.. kami mengharungi perjalanan tanah berbatuan untuk sampai ke kawasan gua dari Jembalik.Keadaan jalan yang agak mencabar pada hari itu.Alhamdulillah cuaca tidak hujan memudahkan perjalanan kami untuk sampai ke Gua dengan lancar pada hari itu.





Mendekati kawasan pantai yang disambut oleh sinaran matahari yang semakin turun mendekati  kaki langit.Hampir - hampir untuk sampai ke Lokasi Gua di Jembalik sudah...



Selepas sampai di suatu kawasan pantai kami,terpaksa meninggalkan motosikal di suatu kawasan dan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi gua.



Perjalanan berjalan kaki ke Gua di Jembalik  merupakan suatu perjalanan yang sedikit mencabar dengan keadaan jalan yang terdiri dari batu - batu sepanjang pesisiran pantai yang menghampar panjang.Pemandangan Pantai di sini sedikitlah berlainan dengan Pemandangan di Pantai Tebung.








GUA DI JEMBALIK PULAU SERASAN,NATUNA,INDONESIA

Sampai akhirnya kami ke Lokasi yang ditujui.. perjalanan yang panjang dan mencabar untuk sampai ke sini namun berpuas hati akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke Lokasi ini dengan lancar.


Dua orang saudara saya Abang Long Fir dan Abang Iszan Iskandar mengambil gambar bersama - sama dengan anak  masing masing....comel kan anak saudara saya....??




Beginilah keadaan gua yang dimaksudkan.Sekiranya antara berada di kawasan gua tersbut anda akan mendapati terdapat sekumpulan burung layang - layang yang mendiami kawasan gua tersebut dan membuat sarang di dalam gua itu. Terdapat juga penduduk tempatan yang mengambil sarang burung tersebut untuk di jual bagi mendapatkan pendapatan.

Selain itu itu,Peminat - peminat dan pengumpul batu akik juga sering datang ke sini untuk mencari dan mengumpul batu akik untuk dijadikan batu cincin atau dijual kepada orang ramai .


Sekiranya anda perasan ,pintu gua ini  berbentuk lembaga atau bentuk badan seorang wanita yang menggunakan telekung atau jubah untuk solat.Cuba anda perhatikan.... betul kan ??


Deki Purnamawan sebagai supir saya pada hari tu.Hensem kan orang nya.. setakat ini belum berpunya.. bekerja sebagai seorang guru Jasmani.....



Jejaka hensem ini datang dari Malaysia untuk menikmati pemandangan di Pulau Serasan... jangan puji banyak banyak....kutuk pun jangan... hahahaha




Selepas semua sudah selesai sehingga berbulu sedikit rasa kat situ barulah kami mula bergerak pulang memandangkan hari pun menjelang petang dan menghampiri senja.



LAGII...;. tarik nafas dalam - dalam.... hembuss.........pelan - pelan...


Kazen saya Bang Iszan Iskandar tumpang lalu dengans satu pose berlatar belakangkan pemandangan indah.



hari yang cukup indah dengan perjalanan panjang yang menemukan kami dengan pelbagai keadaan sepanjang perjalanan yang dilalui.Apa yang lebih berharga adalah kenangan dan pengalaman yang akan dijadikan bualan cerita dari masa ke semasa pertemuan di kemudia hari nanti.









AZLAN RUMADI
www.azlanrunmadi.blogspot.com



No comments: