Wednesday, August 05, 2015

IKAN PARI GERGASI BERJAYA DITANGKAP OLEH BOT NELAYAN DI MIRI,SARAWAK


IKAN PARI GERGASI BERJAYA DITANGKAP OLEH BOT NELAYAN DI MIRI,SARAWAK 

 Seekor ikan pari yang bersaiz gergasi baru - baru ini dilaporkan berjaya ditangkap di bandar Miri,Sarawak oleh sekumpulan nelayan yang sedang memukat ikan di perairan laut Miri.Sekumpulan Nelayan itu langsung tidak menduga sekiranya mereka akan mendapat habuan rezeki setelah mendapati jaring pukat mereka kelihatan sarat dan penuh

Setelah mereka menaikkan pukat tersebut mereka terkejut apabila mendapati seekor pari - pari gergasi telah memasuki jaring pukat  mereka pada waktu itu.Sejurus selepas mereka pulang ke pelabuhan,Orang ramai yang mendapat khabar tentang pengangkapan ikan pari gergasi itu bergegas ke kapal untuk menyaksikan sendiri ikan pari gergasi yang merupakan spesis yang jarang ditemui.

Menurut sumber dari orang tempatan juga mennyatakan bahawa penangkapan ikan pari gergasi ini adalah yang pertama kalinya dan saiz ukuran ikan pari gergasi itu adalah luar dari kebiasaan yang diperolehi.

Orang ramai yang menyaksikan ikan pari gergasi itu turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ikan pari gergasi tersebut.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

No comments: