Sunday, August 16, 2015

BERHUJUNG MINGGU DENGAN CASTING MEMBURU IKAN TOMAN DI SUNGAI SARAWAK

 

BERHUJUNG MINGGU DENGAN CASTING MEMBURU IKAN TOMAN DI SUNGAI SARAWAK .

Semalam saya sempat mengikut trip memancing bersama dengan saudara saya Mr.Syabeli ke suatu lokasi di Sungai Sarawak untuk mencuba nasib memburu antara ikan buruan yang menjadi lagenda di lokasi tersebut.IKAN TOMAN.

Maklumat dari penduduk tempatan menyatakan tangkapan Ikan Toman di Sungai tersebut pernah mencecah sehingga 16KG atau mungkin lebih.

Saya dengan saudara saya berangkat dari rumah seawal jam 7.00 pagi menuju ke lokasi dan menunggu di tempat yang dijanjikan selepas membuat persiapan dan memeriksa peralatan dan kelengkapan untuk  memancing.

Kali ini saudara saya mencuba nasib dengan menggunakan senjata rahsianya Rod Majocraft Basspara  10-16 lbs 1 piece,Reel Shimano CQ 101 DC. 

Misi memburu Toman Bermula seawal kira - kira jam 8.30 pagi dengan menaiki bot sewa yang telah diaturkanoleh seorang kenalan yang turut menyertai kami pada hari itu.Panggilan namanya Ey Ey.Bro Ey Ey mempunyai pengalaman  dan pernah menaikkan Toman  seberat  9 Kg di Kawasan itu.

Hari ini Misi memburu Toman untuk merasai pengalaman  sendiri bermain dengan Toman Sungai yang disebut - sebut menjadi  perbualan dan lagenda di Sungai Sarawak.


Sebelum memulakan misi seperti mana pemeriksaan bot dan kelengkapan dilakukan  supaya misi  berjalan dengan lancar tanpa sebarang.,Apa - apa pun keselamatan adalah perkara pertama bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas semuanya OK.Tali bot dilepaskan.Bermulalah misi memburi Ikan Toman kami dengan menyusuri Sungai Sarawak.ALhamdulillah cuaca yang cerah dan tenang memberi peluang kepada kami untuk menjalankan misi tanpa sebarang halangan.


 Lokasi - lokasi yang menjadi tumpuan dan percubaan kami adalah kawasan lubuk - lubuk dan bahagian hulu sungai tersebut kerana menurut pemandu bot kami sudah ramai yang berjaya menaikkan ikan  - ikan yang besar - besar di kawasan tersebut.

Selain dari Ikan Toman terdapat pelbagai lagi ikan yang lain di sungai tersebut.Antaranya adalah Ikan Patin,Ikan Tapah,Ikan Batik,Ikan Bulan dan bermacam lagi jenis ikan untuk dijadikan buruan dan teman mainan peminat aktiviti memancing terutama pada caster.













Kami  memulakan percubaan di Kawasan hulu sungai.Kami menggunakan teknik casting untuk memburu Ikan Toman.






Dari Hulu Sungai Casting diteruskan sehingga ke Muara Sungai  untuk memburu Ikan Toman .










Saya kongsikan sedikit pemandangan indah yang merupakan salah satu port kami untuk memburu Ikan Toman  pada hari itu.Pemandangan yang sangat menenangkan dengan cuaca yang sangat - sangat sporting .Alhamdulillah.



















Misi Kami berakhir pada kira  kira jam 6.00 petang.Percubaan kali ini belum menampakkan sebarang hasil dan belum berjaya tetapi misi kami belum gagal selepas 5 kali percubaan ikan memakan umpan pada hari itu .Mungkin masa belum memihak kepada kami atas kekurangan pengalaman dari segi perkiraan dan teknikal

.Lagipun ini kali pertama kami berkunjung dan memilih lokasi ini.Perlukan masa untuk membiasa dan mengkaji selidik teknik - teknik dan cara - cara  untuk mengendalikan ikan-ikan di sini.

Misi Berakhir pada jam 6.00 Petang.Pulang dengan kesurupan.Kami akan kembali untuk bermain di Sungai Ini Lagi...

KAMI PASTI AKAN KEMBALI BERMAIN DI SINI





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: