PROGRAM HUJUNG MINGGU DI ECO-TOUR JUNGLE TRACKING SEBAT DAYAK DI SEMATAN, SARAWAK. 02.03.2019
Finally, dah lama rasanya tak mengadakan program - program outdoor pada hujung minggu. Maklum juga kerana tugas, kekangan masa dan sebagainya. kali ini mesti mau pergi jugak... hahaha. Lokasi pada kali ini ? Di kawasan Sebat Dayak di Sematan, Sarawak.
Saya pun pertama kali juga melawat ke sini. Saya mendapat infomasi tentang tempat ini dari seorang brother. Then, hari Sabtu pada 02.03.2019 kami terus buat satu lawatan ke lokasi. Perjalanan dari Kuching bermula pada kira - kira jam 9.30 pagi.
ROTI JANTAN DI SK NASI KANDAR METROCITY KUCHING, SARAWAK.
Sebelum berangkat ke Sematan. Singgah sarapan dulu di SK Nasi Kandar di Metrocity Kuching. Menu Sarapan. Roti Jantan dan Teh Tarik.. first time juga merasa Roti Jantan. Taste ? yummy....just next time order lagi dengan sambal lebih. gitu.. Steadyyyyy...
BERANGKAT KE SEMATAN
Selepas bersarapan terus berangkat ke Sematan. Perjalanan pada kali ini menggunakan laluan persisiran pantai yang akan melalui Feri Rambungan dan seterusnya menuju ke persimpangan Sampadi. Perjalanan mengambil masa kira - kiran 2 jam sebelum sampai ke lokasi.
ECO-TOUR JUNGLE TRACKING SEBAT DAYAK
Sampai sudah setelah melalui perjalanan 2 jam yang agak jauh.Setelah sampai terus memulakan perjalanan menuju ke Eco-Tour Jungle Tracking. Sememangnya saya gemar untuk pergi ke tempat - tempat di mana saya dapat menikmati pemandangan alam semulajadi seperti di sini. Ianya sangat memberi ketenangan dan merehatkan fikiran setelah sepanjang minggi bekerja.
SEBAT WATERFALL ( AIR TERJUN SEBAT ), SAMATAN
Here we are. Best of the best view. Waterfall atau air terjun merupakan salah satu yang paling SYiiooqqq.. kat sini. Air terjun nya sangat cantik dan pemandangannya sangatlah mempesona. Air agak deras kerana kawasan tersebut baru sahaja hujan pada pagi itu. Air sejuukkkk...
For Sure saya "mark" kawasan ini untuk lawatan yang seterusnya. Saya plan akan melawat lagi ke sini dengan perancangan aktiviti yang lain pula.
Setelah penat dengan perjalanan dari Kuching dan jalan di kawasan rimbanya sebelum sampai ke Kawasan air terjunnya....... Kita mandi dulu...
Setelah penat mandi... perut lapar... cari tempat makan dulu.
DANGAO CAFE,SEMATAN.
Dangao Cafe merupakan tempat persinggahan untuk makan petang setelah penat dengan perjalanan dan mandi di kawasan Sebat Waterfall.
Setelah makan dan berehat sekejap. Berangkat balik ke Kuching.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment