Monday, February 06, 2017

PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL



PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL


Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Tempe semakin mendapat tempat di kalangan selera seluruh pelusuk Asia seiring dengan penggunaan tempe yang dalam resepi masakan dan makanan seperti ayam penyet,lalapan dan sebagainya yang sebahagian besarnya berasal dari negera Indonesia.

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua cara - cara pembuatan tempe secara Tradisional. Bahan - bahan asas yang diperlukan untuk pembuatan tempe adalah

 Kacang soya ( Cadangan 4 Kg )
 Air Secukupnya ,
 Ragi tempe ( 1 Sudu )

 selain dari peralatan yang diperlukan sepanjang proses penghasilan tempe.



CARA - CARA MEMBUAT TEMPE TRADISIONAL

Berikut merupakan cara - cara atau langkah - langkah membuat tempe secara tradsional.

Pertama sekali, Kacang soya sebanyak 4 kg direndam selama 2 hari di dalam 2 baldi di mana setiap satu baldi berisi 2 kg kacang soya. Setelah direndam 2 hari dan dibiarkan sehingga menjadi kembang, ramas-ramaskan kacang soya tersebut supaya kulitnya tertanggal. 

Kedua, Kacang yang telah direndam dibasuh sebanyak 3 kali sehingga bersih dan bahan asing yang telah bercampur dengan kacang soya seperti kacang dal diasing dan dibuang. 

Ketiga, Kacang soya tersebut seterusnya direbus di atas dapur kayu dan dibiarkan mendidih selama 2 jam. Sekiranya menggunakan dapur gas, proses merebus kacang soya boleh dipendekkan menjadi 45 minit sehingga 1 jam sahaja. 

Keempat, Kacang soya yang telah direbus ditos dan dikeringkan di atas meja yang dilapikkan dengan kain putih pada suhu sederhana ataui suhu bilik. Kemudian, masukkan kacang yang sudah kering ke dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak.Selain itu terdapat juga cara moden dengan mengaginkan kacang soya yang telah ditoskan  bagi mempercepatkan proses pengeringan. 

Kelima, Ragi tempe sebanyak 1 sudu besar ditaburkan dan gaulkan sehingga rata pada semua kacang soya yang telah dikeringkan.

Keenam, Kacang soya yang telah digaul tadi dibungkus mengikut sukatan bekas kecil ke dalam daun yang sudah disusun dan dilipat. Pembungkusan juga boleh dibuat dengan surat khabar yang sudah dipotong menjadi empat segi kecil bagi lapisan pertama, 2 helai daun pokok ubi garut bagi lapisan kedua dan kemudian daun pokok pisang.
Selain itu dalam kaedah moden,pembungkusan tempe boleh dibuat menggunakan plastik yang lebih mudah untuk diperolehi.

Ketujuh, Biarkan tempe yang telah dibungkus di tempat yang kering pada suhu bilik. Setelah dibiarkan selama 48 jam, sejenis kulat putih akan memenuhi bungkusan tersebut.

Siap.Mudahkan ?

Selain itu juga diingatkan pembuatan tempe memerlukan ruangan yang amat bersih dan sesuai kerana ianya penting bagi menghasilkan tempe yang berkualiti dan enak.Selain itu ianya penting kerana penghasilan tempe melibatkan mikroorganisma dan agak sensitif.

Perkongsian saya ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi yang ingin menjadikan penghasilan tempe sebagai satu kerjaya dalam mencari punca rezeki.Mudahan ianya bermanfaat untuk semua.

Saya juga ingin memberikan kredit kepada Blog " Tempe Tradisional Hajah Tuminah " yang saya jadikan rujukan dalam perkongsian kali ini. 

Selamat Mencuba ! semoga Bermanfaat.




  
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: