AMALKAN MINUMAN LOBAK MERAH INI UNTUK UMUR YANG PANJANG
Semua orang mengharapkan kesihatan yang baik dengan harapan menjalani kehidupan dengan umur yang lebih panjang.Faktor yang selalu ditekankan oleh doktor untuk mempunyai umur yang lebih panjang adalah pemakanan termasuk juga minuman.
Kali ini saya nak kongsikan kepada anda macam satu resepi untuk memulakan hari anda dengan lebih sihat dan memberikan umur yang pangjang jika diamalkan.Mereka yang dalam usaha untuk menjaga diet dan menurunkan berat badan juga boleh memanfaatkan resepi ini.
BACA JUGA : Nyahtoxinkan Badan Anda Dengan Air Detox Yang Menyegarkan.
BAHAN - BAHAN
4 Batang Lobak Merah
2 cm Halia
3 Biji Epal
Separuh Biji Jus Lemon
CARA PENYEDIAAN
Bahan - bahan yang disediakan dimasukkan dalam pengisar dan dikisar sehingga sebati untuk mendapatkan campuran homogen yang sangatr berkhasiat.
Amalkan minuman ini pada awal pagi sebelum anda bersarapan dan minum sebaik sahaja anda mengeluarkan campuran dari pengisar.
KHASIAT DAN MANFAAT
Lobak merah membantu untuk menjaga jantung, gigi dan gusi.Ianya bertindak melindungi badan dan sangat menyumbang dalam memerangi penyakit merbahaya seperti serangan jantung.Lobak merah juga sangat baik untuk memperbaiki penglihatan,mengurangkan risiko penyakit kanser selain menjadikan kulit licin dan lembut.
Halia
sangat membantu dalam mengurangkan kolesterol tinggi dan melawan bakteria
perut yang sering menyebabkan penyakit ulser
peptik. Selain itu,halia juga membantu dalam mengawal
air besar yang tidak teratur.Halia juga mampu melegakan sakit kepala dan
migrain
Epal bertindak membantu menguatkan imuniti tubuh anda, Epak juga berkesan dalam menuirunkan berat badan disamping merangsang buah pinggang, hati dan hempedu. Epal juga melindungi anda daripada penyakit rongga mulut.Ianya juga merangsang
penghadaman, melindungi jantung dan pembuluh darah, mengurangkan
tekanan, keletihan dan insomnia, melindungi anda daripada bakteria dan virus serta mencegah beberapa jenis kanser
Lemon merupakan agen yang berkesan untuk
merendahkan tekanan darah tinggi, membuang toksin, mengurangkan sakit
artritis.Ianya bertindak terhadap jangkitan, selesema dan juga bertindak
terhadap penyakit rongga mulut dan lidah. Ia juga menguatkan sistem imun dan menghalang penyebaran jangkitan.
No comments:
Post a Comment