Thursday, May 21, 2015

SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK

Tanpa kita sedari selama ini secara diam  - diam kita dipengaruhi oleh media barat dengan menyuntik anasir - anasir yang boleh membahayakan pemikiran seseorang terutamanya pemikiran kanak - kanak yang kebanyakkannya meminati hobi menonton dan membaca bacaan yang berunsur hiburan seperti kartun dan sebagainya.Tanpa kita sedari kebanyakan penerbitan kartun dari barat menyelitkan dan menyunyik pengaruh illmuminati yang dikaitkan dengan agama penyembahan syaitan yang mana boleh mempengaruhi pemikiran anak - anak kita.

Di barat kebanyakkan ahli agama menentang pengaruh illuminati ini kerana ianya dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan pemikiran yang boleh menjurus kepada gejala yang merosakkan moral masyarakat dengan halus.Pengaruh illuminati ini mendapat tentangan hebat dari ahli agama termasuk agama Islam dan Kristen kerana ianya dikatakan boleh memesongkan akidah dan pegangan seseorang.Kebanyakan pengaruh illuminati ini juga dikaitkan dengan sesuatu yang boleh melekakan dan melalaikan seseorang dengan mempengaruhi pemikiran seseorang kepada hiburan sehingga ianya menjadi seumpama satu ketagihan yang sukar dibendung.

Disemua peringkat dari tua sehingga ke muda,Illuminati menjalankan agendanya dengan pelbagai cara yang halus dan tanpa sedari.

Kepada ibu bapa berhati - hati dengan apa yang anak - anak anda akan lihat,dengar,hidu dan rasakan setiap hari kerana mungkin tanpa disedari pemikiran mereka boleh dipengaruhi kepada anasir jahat yang sangat terancang dan teliti yang dicanang oleh golongan yang membawa pengaruh Illuminati ini.

Video di bawah adalah beberapa siri pengaruh dan simbol illuminati yang diselitkan dalam beberapa watak kartun yang kebanyakkan nya di tonton setiap hari oleh anak - anak kita.

THANKS FOR READING.
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK - See more at: http://azlanrumadi.blogspot.com/2015/05/simbol-simbol-illuminati-dalam-watak.html#sthash.JZhPx7U2.dpuf

No comments: